Sunday, November 21, 2010

Aku haus RAHMAT itu


Setelah hampir dua minggu saya meninggalkan blog ini terbiar memandu diri walaupun tidak bernyawa, kini saya tampil kembali memberi nyawa kepada benda yang tidak bernyawa ini, dengan harapan agar  blog ini dapat hidup memberi manfaat kepada insan yang kehausan mencari rahmat dari tuhannya.
Maka dengan itu pada kali ini saya petik sebuah hadis yang masyur, yang sering dijadikan fadhail amal bagi insan yang tiada istilah ‘kepuasan’ dalam ibadahnya. Selagi kitab amal masih belum digenggaman, selagi itulah kita perlu mencari keredhaan-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
”Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari (kiamat) yang tiada sebarang lindungan melainkan lindungan rahmat-Nya; pemerintah yang adil, pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah-mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata, ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah!’, seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah s.w.t berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain daripadanya)
Merenungi hadis ini, kita dapati Allah s.w.t  meletak golongan-golongan tersebut di dalam kategori remaja/pemuda. Bagaimana orang muda itu telah memenuhi liku-liku kehidupannya dengan beribadah kepada Allah sehingga mendapat teduhan rahmat itu. Betapa tinggi fadhilat yang dikhususkan kepada mereka.
Hadis ini telah diucap Rasulullah s.a.w  di dalam satu majlis umum, dimana sahabat nabi seperti  Abu Hurairah, Abu Sa’id al-Khudri dan beberapa orang sahabat lain turut hadir. Maka antara kelompok yang hadir pada majlis itu sudah tentu para pemuda yang juga turut mendengar sabda itu. Sudah tentu hadis fadilat ini menyemarakkan lagi keimanan pemuda dan membentuk jati diri soleh ke dalam diri mereka.Semangat ini dibuktikan dengan pelbagai kisah juangan jihad para pemuda pada zaman Rasulullah. Marilah kira para pemuda bersama-sama kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Keredhaan-Nya yang kucari, Syurga-Nya yang kunanti





No comments:

Post a Comment