Tuesday, December 28, 2010

Bicara mengenai CINTA. . .








As-Salam,. .
Artikel pada kali ini kita berbicara mengenai cinta. Ramai yang faham cinta itu ialah perasaan yang hadir antara sepasang manusia di atas dasar suka-sama-suka. Apabila berada bersama, hati terasa gembira. Apabila berjauhan, hati sentiasa teringat-ingat orang yang dicintai. Jauh di dalam benak hati menyebut-nyebut si kekasih, buah hati yang tersayang. 


COUPLE? Haram?
Apa itu Couple? Couple ni dalam erti mudahnya ialah berkasih sayang antara lelaki dan perempuan yang masih belum diikat dengan pernikahan. Kenapa haram?? Kami tak pernah jumpa pon, kami tak pernah berpegang tangan pon! Itulah kata-kata yang sering dilontarkan, tetapi itulah hakikatnya. Ada juga orang katakana couple ni tak haram, tapi perbuatan couple ni yang haram. .  Aik?! Ape kebende tu?

Jawapannya mudah je kawan-kawan.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk . . .
( surah Al-Isra' ayat 32)

Ayat-Nya amat mudah difahami, tetapi apa yang dimaksudkan “janganlah kamu menghampiri zina,”. Ramai yang kurang faham mengenai istilah tersebut, yang mereka tahu ZINA je, MENGHAMPIRI ZINA tu kurang faham sikit.

Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
Baiklah, mungkin saudara-saudari tak nampak lagi flow couple yang membawa kepada zina. Laluannya seperti berikut:

 Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Bermulanya dari pandangan sehingga berlakunya zina semuanya ada kaitan, dan kaitan tersebut jelas menunjukkan tindakan-tindakan yang membawa kepada berlakunya zina.

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11) 

Oleh itu carilah cinta ALLAH sebelum mencari cinta manusia. Bercintalah dengan berpaksikan Al-Quran dan as-Sunnah, kerana cinta itu tidak membawa kepada perzinaan. Artikel yang akan datang saya akan bercerita pula bagaimana untuk MENCARI CINTA ALLAH. . . INSYA-ALLAH!!










KERANA CINTA-IN-TEAM & MESTICA


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Thursday, December 9, 2010

La Tahzan Wahai Rakanku. . .

Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan  sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"-
 Surah al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-
Surah al-Baqarah ayat 216


Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"-
 Surah al-Baqarah 286


Rasa Frust!!!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah ali-Imran ayat 139


Bagaimana Harus Aku menghadapinya?!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu kuat daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)"-
Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45


Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. . ."
Surah at-Taubah ayat 111


Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah at-Taubah ayat 129


Aku Tak Tahan!!
".. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada putus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 87
_______________________________________________________________________________
Bila engkau merasa letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu, bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah petunjuk jalan. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.

Dari SAHABAT untuk sahabat. . .