Saturday, December 31, 2011

Jom baca al-Quran!

Assalamualaikum wbt.
 
“Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu: Kitabullah dan Sunnahku”.
[HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah]

Al-Quran merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w yang masih ada sehingga sekarang. Yang menerangkan pelbagai perkara, menjadi petunjuk untuk melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Memberi kesedaran kepada kita mengenai erti kehidupan.

Allah swt telah menjadikan manusia dan jin di atas muka bumi ini untuk beribadah kepada-Nya.
Allah swt juga telah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini sebaiknya.

Al-Quran merupakan panduan kepada manusia untuk menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa kepadaNya.

Berdasarkan hadis yang di atas, Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa kita tidak akan sesat selagi mana kita berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnahnya.

Saya ingin mengajak rakan-rakan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran dan memahami isi kandungnya.

Menjadikan ketiadaan al-Quran sebagai sebab mengapa tidak membacanya merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Kita seharusnya berusaha mencari jalan pintas untuk mendapatkannya. 

Sebagai satu contoh ialah dengan klik pada tab yang disediakan di dalam blog ini dan baca:



Mudah! kan?

Friday, December 23, 2011

Islam 24 hours

Assalamualaikum wbt.

Islam 1 hari, Islam 24 jam, Islam 1440 minit, Islam 86400 saat.

Itulah tajuk usrah kami bersama abang Naqiu di surau KK8. Sungguh menarik!

Sudah lama tidah berusrah. Pengisiannya yang mantop. Kita seharusnya sentiasa memperingati diri untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri(soleh).


Bermula pada jam 9 sehingga 11 malam. Dimulakan dengan sesi ta'aruf antara ahli. Lebih kurang 10 orang yang hadir semalam(23/12/11).

Inilah antara rukun usrah yang digariskan. Iaitu ta'aruf(saling mengenali), kemudiannya tafahum(saling memahami) dan akhirnya takaful(saling tolong-menolong). Sungguh indah usrah ini jika dilihat dari aspek ukhuwah sesama muslim.


Abg Naqiu: Tak kenal maka tak . . 
Saya menyambung, "maka tak cinta!".

Abg Naqiu: Maka tak tahu. . 
Arghh! Tekaan ku salah. . (Monolog dalamanku)

Kemudian usrah diteruskan dengan beberapa soalan yang menyegarkan ingatan.

Apakah itu IMAN?
Iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah, dan melaksanakannya dengan perbuatan.

Apa beza percaya dengan yakin??
"Percaya ni macam ada sorang tu dia tengok tv, ada berita mengenai buaya timbul semasa banjir di Kajang, jadi dia percaya kerana dia melihat gambar buaya tu dalam berita. Yakin ni pulak, orang tu pergi kat tempat banjir tu, pastu dia sendiri yang nampak dengan mata kepalanya sendiri.", Prof Zul.(Gelaran rakan kami. .)

Abg Naqiu pun memberikan jawapannya dengan analogi mudah.

"Ada dalam satu pertunjukan, orang ni memang penembak yang tepat, dia pun tunjuk kelebihannya dengan menembak buah ceri yang diletakkan di atas kayu, semua penonton yang melihat percaya dengan kelebihan penembak tersebut. Kemudian si penembak tepat tu pun memanggil seorang volunteer untuk membantu dia melakukan aksi yang hebat. Kemudian si penembak tepat itu pun meletakkMan ceri di atas kepala orang tersebut, agak-agak volunteer itu berani tak?? Semestinya dia tidak berani kerana dia tidak yakin dengan kelebihan si penembak itu walaupun dia percaya yang si penembak itu mampu menembak dengan tepat"

Cerita yang sungguh menarik dan mudah difahami. Jadi, dimana letaknya keimanan kita, adakah pada tahap percaya ataupun pada tahap yakin.

Kemudian Abg Naqiu memberikan sedikit rukun-rukun syahadah antaranya, melaksanakan perintah Allah, meninggalkan larangannya, dan melakukan sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Tamatlah intro usrah pada malam tersebut.
 Huh! Baru intro?? Hahaha. 

Apakah ciri-ciri Islam?
Abg Naqiu mengajukan soalan kepada kami.
Pelbagai jawapan didengari, dan ada yang menepati skemanya.

Antara ciri-ciri Islam ialah:

1. Rabbaniyah
Bermaksud agama yang bersifat ketuhanan, agama yang berasal daripada Allah, bukan agama rekaan manusia.
"Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu." (Al Maidah : 3)

2. Syumuliah
Bermaksud agama yang menyeluruh. Menyentuh segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, munakahad, jinayat dan sebagainya. Islam adalah panduan bagi manusia.

3. Alamiyah
Bermaksud agama yang universal. Tidak mengira bangsa apa, keturunan apa, negara mana, kita adalah sama. Iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

4. Waqi'iah
Bermaksud sesuai di sepanjang zaman. Islam agama yang lengkap dan menjadi panduan sepanjang zaman. Islam tidak perlu dicorakkan berdasarkan sesuatu zaman tetapi zaman itulah yang perlu dicorakkan berdasarkan Islam.

5. Inkilabiah.
Bermaksud meninggikan sesuatu dan pada waktu yang sama merendahkan sesuatu. Sebagai contoh apabila Islam dijulang di Mekah maka pada waktu itu semua berhala dihancurkan.


6. Tsabat wal murunah.

Bermaksud tetap dan fleksibel. Hukum Allah adalah tetap cuma dari segi pelaksannaanya amat fleksibal. Sebagai contoh, hukum menutup aurat adalah tetap. Cuma bagaimana kita menutup aurat adalah fleksibel seperti memakai kotak, memakai selimut.

"Tak wajib pakai tudung, tapi kita wajib tutup aurat", kata Prof Zul.


Itulah antara pengisian usrah pada malam itu.
Kaitannya dengan Islam 24 hours ialah Islam itu syumul, bermula dari celiknya mata kita dari tidur sehingga pejamnya mata kita untuk tidur ada panduan yang diajarkan di dalam agama Islam.

Masuk tandas, keluar tandas, keluar rumah, naik kenderaan, nak makan, lepas makan, nak belajar, nak ziarah rakan, nak berjalan, malah cara tidur pun ada panduannya. Thats why the topic of this usrah is 'Islam 24 hours'.
 
I'm proud to be Muslim,
"Lets be a muslim by choice not by chance", Shah Kirit.

Credit to Abg Naqiu, Hanis, Prof Zul, Kucai, Hassan Basri, Rozlin, Rahman, Syed Soufi n other one(im forgot) yang datang usrah bersama-sama.

"Kita bersahabat di dunia, moga-moga kita bersahabat di dalam syurga", Ust Azlan Zainal.

Monday, December 19, 2011

Demonstrasi = Perhimpunan Aman! Why takut2?

Assalamualaikum wbt. . .
Hari ini saya ingin berkata-kata mengenai apa itu Demonstrasi aka Perhimpunan Aman.

Demonstrasi ialah "perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan" berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Demostrasi ini amat sinonim di dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkan politik yang bercorak demokrasi.



Why scare?! 

Inilah jalan yang terakhir untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak. Ini adalah hak kita untuk menyuarakan pendapat ataupun bantahan.  Selepas melakukan beberapa siri bantahan melalui penulisan, melalui rundingan dan jika tiada respons daripada pihak tersebut maka cara ini amat relevan bagi kita.

17 Disember 2011 merupakan tarikh keramat dalam sejarah gerakan mahasiswa. Mahasiswa yang datang dari pelbagai intitusi pengajian tinggi dari pelbagai pelusuk Malaysia turun ke jalanan untuk menyuarakan bantahan. Hasrat mereka adalah satu iaitu MANSUHKAN Auku.


Seawal jam 1 petang, kami berkumpul di Masjid Jamek dan melakukan solat Zohor secara berjemaah bersama-sama. Masa inilah  kami berkenal-kenalan antara satu sama lain. Pada awalnya rasa gundah itu ada kerana polis berpakaian seragam memenuhi ruang hadapan pagar masjid. Lebih kurang 3 pancuan roda polis diparkirkan dihadapan masjid tersebut.

Pada jam 2 petang, kami berkumpul dan membahagi-bahagikan head badge dan banner. Laungan keramat student Power! dilaungkan. Semua berpusu-pusu berkumpul untuk menyatakan solidariti masing-masing. Kami menjangkakan berlakunya tangkapan pada waktu itu. Rupa-rupanya pihak polis membenarkan kami melakukan demonstrasi pada hari tersebut. Terima kasih abang polis!



Hidup! Hidup! Mahasiswa!
Hancur! Hancur! Kezaliman!
Bangkit! Bangkit! Mahasiswa!
Mansuh! Mansuh! Mansuh AUKU!
Bebas! Bebas! Akademik!

Itulah antara slogan-slogan yang dilaungkan. Kami berjalan dari masjid Jamek menuju ke pusat membeli-belah SOGO. Di situ kami berhenti untuk mendengar kata-kata daripada ketua Gerakan Bebas Akademik (BEBAS) iaitu saudara Safwan bin Anang@Talib dan ucapa dari leader front-front yang lain. Kemudian kami meneruskan perarakan ke bangunan SUHAKAM. Ramai yang menyokong dan turut serta bersama kami dalam menyatakan hasrat mahasiswa.

Kereta yang melalui jalan tersebut membunyikan hon sebagai tanda sama bersolidariti dan ada juga yang pemandu yang mengeluarkan tangannya dan menunjukkan isyarat bagus kepada kami. Ini menambahkan lagi semangat kami.


Setibanya kami di bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, kami menyerahkan memorandom kebebasan akademik kepada pihak Suhakam dan pembangkang. Kemudian mengadakan speaker corner!  dimana ketua-ketua front memberikan ucapan mereka sementara menunggu kehadiran wakil pihak kerajaan tiba.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya ketua BEBAS mengajak kami untuk terus berarak terus ke bangunan UMNO di PWTC untuk memberikan memorandom kepada wakil kerajaan. Semua setuju dan memulakan perarakan semula.

Perjalanan agak jauh tetapi semangat anak muda tidak pernah luntur dari jiwa kami. Inilah pengalaman, inilah kenangan, inilah bahan cerita untuk generasi masa hadapan. Nanti kami sudah lanjut usia sudah pasti tidak mampu untuk melakukan perkara ini lagi.

Pendek cerita, kami sampai di bangunan UMNO dan menyerahkan memorandom kepada wakil kerajaan iaitu YB Saifudin Abdullah timbalan Menteri IPT dan pada waktu itu mempengerusikan Jawatankuasa Pindaan Auku. 

Demonstrasi tersebut berjalan dengan aman dan ada peristiwa menarik dan juga lucu iaitu bendera DS Najib Tun Razak diturunkan dan digantikan dengan bendera 'Acasemic Freedom' ketika YB Saifuddin sedang berucap. Menariknya, pengawal keselamatan tidak perasan akan perbuatan tersebut dan ini menjadi bahan gelak kami ketika pulang dari demosntrasi tersebut.


Menyentuh perasaan saya apabila YDP ISIUKM membacakan doa wehdah dan doa rabitah. Terpancar semangat jihad daripada setiap anak muda. Inilah yang kami mahukan, tujuan kita satu! Pengakhiran kita menuju yang SATU!

Pengalaman ini tidak akan saya lupakan~


Saturday, November 19, 2011

Me as a designer~

Assalamualaikum. .
Seperti biasa blog ni akan dibiarkan usang selama beberapa masa kemudian diaktifkan semula.
Perkara yang sama berlaku, diulang-ulang. Ulang perkara yang sama. Huh! Entah la~
Kenapalah susah sangat nak istiqamah ~

Akhir-akhir ni saya telah mencebur diri ke dalam bidang yang baru iaitu design. Tiba-tiba minat lebih pulak kat benda nih. Hehehe. Mungkin kerana saya telah dilantik menjadi exco publisiti di Surau kk8~ Alhamdulillah, ada juga tempat untuk saya menyalurkan tenaga untuk berbakti kepada agama.

Gambar di bawah ni adalah trial sahaja. Menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Ia dinamakan sebagai Typography. Reka bentuk yang menggunakan tulisan/perkataan sebagai asasnya.
Baru buat yang simple2 jer. Ada juga poster2 yg saya da design, tp malas letak sini. Haha. Sebab kopiraik reserved~
Mari kita sematkan skill2 halus(softskill) cenggini di dalam diri kita supaya menjadi seorang yg multi fungsi. Moga2 berguna untuk agama dan negara. InsyaAllah~

Saturday, July 23, 2011

Islam Liberal

Assalamualaikum~ Pada hari ini saya nak kongsi dengan anda mengenai fahaman Liberal ini~
Liberal yang bermaksud bebas/ tidak terkongkong/ tidak terpenjara. Mereka yang berpegang dengan fahaman Islam liberal ini memandang bahawa Islam yang kita anuti adalah jumud, ketinggalan zaman kerana tidak memberi kebebasan terutamanya dalam persoalan gender. Kenapa wanita perlu menutup seluruh badan, kenapa wanita mendapat sedikit dalam pembahagian harta warisan dan pelbagai lagi.

Bawah ni merupakan wawancara(kononnya) antara saya dan mereka~






Itulah pandangan mereka mengenai Islam. Islam itu sesekali tidak mengongkong manusia. Kita akan rasa terkongkong jika kita tidak IKHLAS memeluk agama Islam. Kita tidak MENYERAH DIRI kepada Allah maka itulah yang akan kita akan rasakan.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri kepada Allah, menyerahkan jiwa dan raga, mendalami agama Islam agar soalan2 misconception about Islam tidak akan berlaku, terutamanya di dalam diri kita yang menganuti agama Islam.

Akhir kalam, Allahu a'lam~

Friday, July 22, 2011

Ciri-ciri Orang Yang Beriman

Assalamualaikum wbt. Hari ini aku nak kongsi sedikit mengenai ciri2 orang yang beriman. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita mencapai ke arahnya.



Antara ciri-ciri orang yang beriman:

  1. Mendirikan solat. (9.18)(14.31)(27.3)
  2. Menunaikan zakat. (9.18)(27.3)
  3. Berzikir, mengingati Allah. (7.201)(13.28)
  4. Sabar kerana mencari keredhaan Allah. (13.22)(16.42)(29.59)
  5. Tawakal kepada Allah. (16.42)(29.59)
  6. Merendahkan diri, tawadhu' kepada Allah (26.63)
  7. Bertutur dengan perkataan yang baik/sopan (25.63)
  8. Zuhud, bersederhana (25.67)
  9. Tidak mensyirikkan Allah. (25.68)
  10. Menjaga kehormatan diri. (25.72)
  11. Bersedekah.(13.22)
  12. Memakmurkan masjid dan tidak takut selain Allah (9.18)
  13. Jihad harta benda dan diri. (9.20)
  14. Memenuhi janji Allah, dan tidak merosakkan perjanjian tersebut. (13.20)
  15. Tidak membelakangkan ayat al-Quran. (25.73)
  16. Tidak berzina. (25.68)
  17. Tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (25.68)
  18. Mendirikan solat malam. (25.64)
  19. Menghubungkan silaturrahim. (13.21)
  20. Tidak memberikan persaksian palsu. (25.72)
  21. Yakin dengan hari akhirat (27.3)
Mari check and balance pada diri masing-masing.
Semoga bermanfaat~

Sunday, July 17, 2011

Solat-Sebuah Program Menuju Kesolehan

Assalamualaikum wbt~
Apa khabar sahabatku sekalian? Lahirkan rasa syukur kepada Allah dalam apa jua keadaan kita sama ada sakit ataupun sihat kerana sakit itu adalah ujian dan sihat itu adalah rahmat.

Solat! Ramai orang memberi makna solat itu ialah Doa dalam bahasa manjanya Prayer. Solat bukan sahaja tempat untuk kita berdoa, tetapi lebih daripada itu.

Ibadah ialah segala perkara yang kita lakukan kerana mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Ibadah yang terpenting ialah ibadah solat. Malah ibadat solat merupakan ibadat yang akan ditanya di awal-awal perhitungan di akhirat nanti.(Abu Daud, vol1, Kitab Solat, Bab 300, hadis 863)

Di dalam solat, kita juga mencari ketenangan di dalamnya, kita mencari petunjuk, dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, solat ini merupakan sebuah program seperti yang saya sebut di atas iaitu Program Menuju Kesolehan.

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan di muka bumi(Quran 95.4). Minda kita mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
Ahli psychologi berkata, ketika solat minda kita akan kosong. Kerana itu minda kita akan memikirkan pelbagai perkara untuk mengisi kekosongan tersebut.

Semasa solat, kita membaca ayat-ayat al-Quran secara mechanically. Walaupun dalam keadaan mengantuk, kita mampu menghabiskan bacaan Surah al-Fatihah. Hanya sedikit daripada bahagian minda kita digunakan untuk mengingat kembali ayat-ayat tersebut.

Oleh itu, kita perlulah mengetahui makna setiap ayat-ayat tersebut untuk mengisi kekosongan minda yang berlaku ketika kita sedang solat. Kesannya, ia dapat mengelakkan minda kita dari terbang melayang. Selepas itu, kita perlulah memberi perhatian sepenuhnya kepada bacaan kita dan makna kepada bacaan tersebut. Kerana ada sebab yang kita perlu tahu disebalik ayat-ayat tersebut yang akan melahirkan kesan-kesan yang optima.
"...Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..." 
(Quran 29.45)
Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah.
Solat mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Solat merupakan satu program yang membentuk keperibadian muslim. Solat merupakan program yang diperlukan setiap umat manusia. Manusia memerlukan program ini sebanyak 5 kali kerana manusia mempunyai kelemahan iaitu mudah lupa. Jadi kita perlukan solat 5 waktu untuk memenuhi keperluan kita sebagai hamba. (Quran 11.114)(17.78)(20.130)(30.17-18)
 Pada zaman nabi Isa a.s, solat hanya disyariatkan sebanyak 3 waktu sahaja.(Daniel 6.10)

Antara perkara-perkara yang diprogramkan di dalam solat.

  1. Tidak minum arak, berjudi, menyembah berhala, mengundi nasib.(Quran 5.90)
  2. Jangan membunuh.(Quran 5.27-30)
  3. Berbuat baik kepada ibubapa.(Quran 17.23-24)
  4. Memaafkan orang lain.(2.263)
  5. Melakukan sedekah.(2.271)
  6. Jangan menzalimi anak-anak yatim(93.10)
Dan banyak lagi.
Perkara-perkara ini yang membentuk keperibadian yang mulia di dalam diri seseorang. Para sahabat dahulu terus laksanakan apa sahaja arahan daripada Allah s.w.t. Apabila disuruh solat, lansung mereka lakukannya. Apabila disuruh meninggalkan arak, lansung ditinggalkannya.Umat manusia kini sudah hilang nilai-nilai kemanusiannya, lihat sahaja di Palestin. 

Ada orang mempersoalkan, kenapa ada orang Islam yang solat tetapi masih melakukan maksiat. Jawapannya ada di dalam al-Quran.
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(1)(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,(2)(Quran 23.1-2)

Kesimpulannya, kita perlulah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Kita perlulah memahami apa yang kita bacakan. Kita kena amalkan apa yang kita bacakan. Kita perlu menghafal lebih banyak lagi ayat al-Quran. And last but not least, sampaikan kepada sesiapa walaupun satu ayat apa yang saya terangkan kepada sahabat2 diruangan ini.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.(Quran 14.40)
Sumber-Video Salaah The Programming Toward Righteousness-Dr Zakir Naik
InsyaAllah, will be continued~

Keredhaanmu yang kucari, syurgamu yang kunanti.

Friday, July 1, 2011

Nikmat Dunia

Nikmat dunia merupakan ujian bagi kita. Kita akan ditanya bagaimana kita menggunakan nikmat yang dikurniakan. 

Sehingga ada seorang ulama' memberi analogi: Di dalam sebuah dewan kuliah, seorang pensyarah memberi bacaan kepada pelajarnya. Tetapi bahan bacaan itu berbeza-beza ketebalannya. Orang yang mendapat nipis merasa kecil hati, yang mendapat tebal berasa seronok. Akhirnya, pensyarah itu menyatakan, ujian akan dinilai berdasarkan bahan bacaan yang diterima oleh setiap individu masing2. 

Orang yang mendapat bahan bacaan yang nipis sudah tentu mudah ujiannya, yang mendapat bahan bacaan yang tebal pasti akan merasa kepayahannya.

Itulah hakikat nikmat dunia~~ (Ust Ghazali Shaari)



"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal." 
(al-Mukmin, 40.39)

Muhasabahlah diri~
Akhir kalam, wallahualam.

Thursday, June 30, 2011

Evolusi!!

Assalamualaikum.

Dear Bro n Sis, hawayu tudei?
Hari ini aku nak bercerita dengan korang mengenai teori EVOLUSI yang didokong oleh para2 ateis.
Bukan ape, saje je nak share ilmu sikit. Sekarang ni dorang da mula mendabik dada, menyatakan yang dorang ni betul. Dan persoalkan dengan pelbagai persoalan mengenai ketuhanan. Yang tak menahannya, dorang ni bernama Islam~

Okey, tulisan dibawah ni menggunakan nada ilmiah ye, kecuali luahan yang dikurungkan dengan breket~ Jadi seyezkan diri anda, baca doa blajar sikit~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Actually, Teori evolusi merupakan sebuah aliran falsafah dan konsep mengenai dunia, mengemukakan dakwaan dan anggapan palsu serta mereka-reka sandiwara imaginasi sebagai penjelasan tentang kewujudan dan asal usul kehidupan sekadar melalui istilah KEBETULAN. Sebenarnya falsafah penafian kewujudan tuhan ini sudah wujud sejak zaman lampau dan Greek kuno lagi.

Semua falsafah Ateis yang menafikan Penciptaan, secara lansung atau tidak lansung meliputi dan mempertahankan idea mengenai evolusi termasuk beberapa ideologi dan sistem yang menafikan kebenaran agama.

Fahaman mengenai evolusi ini disebarkan melalui teori yang dianggap saintifik selama satu setengah abad dalam perjuangan untuk menegakkannya. Walaupun dikemukakan saintifik sejak pertengahan abad ke-19, teori yang diusahakan bermati-matian, akhirnya gagal untuk menemukan sebarang pengesahan kebenarannya samada melalui penemuan saintifik atau eksperimen.

Orang pertama yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang ahli biologi amatur, Charles Darwin. Darwin yang telah menerbitkan ideanya dalam buku 'The Origin oF Species by Means of Natural Selection'. Dia mengatakan bahawa setiap makhluk memiliki leluhur sel yang berevolusi dari satu bentuk menjadi bentuk yang lain melalui mekanisme pilihan semulajadi(Natural Selection).

Makhluk yang mampu adaptasi dengan sempurna akan menurunkan sifatnya mereka kepada generasi seterusnya, dan melalu kumulatif/pengumpulan/penggabungan sifat sepanjang peredaran masa akhirnya, ia akan menukar satu individu kepada individu yang lain.

Idea Darwin ini diangkat tinggi di pelosok dunia. Puncanya kerana sewaktu Darwin mengutarakan ideanya, ilmu pengetahuan yang ada tidak memadai untuk membuktikan kesilapan hipotesis Darwin ini. Ketika Darwin mengemukakan teorinya, cabang ilmu seperti genetik, mikrobiologi, dan biokimia belum lagi lahir. Sekiranya disiplin ilmu seperti sudah ada, sudah pasti teori Darwin dengan mudah dibuktikan sebagai teori yang tidak saintifik dan tidak berasas.

Teori Darwin dengan menjadi kucar-kacir apabila lahirnya penemuan George Mandell iaitu hukum pewarisan pada tahun 1865. Dan kemudiannya kelahiran sains genetik apabila DNA ditemui. Saat itu puak-puak evolusionist menggelabah mencari idea yang baru untuk mempertahankan aliran falsafah penafian Penciptaan mereka dengan mewujudkan model yang baru yang dipanggil sebagai neo-Darwinisme.

Berdasarkan teori ini, spesies dikatakan berevolusi dengan cara berlakunya mutasi dimana ada proses kekacauan dalam genetik sehinggalah spesies yang gagah akan terus hidup dengan proses pilihan semulajadi. Walaubagaimanapun, model terbaru itu gagal membuktikan proses mutasi mampu untuk membuktikan terjadinya pembentukan spesies yang baru.

Akhirnya, Evolusionis ni pening kepala sekali lagi, lalu membuat lagi model yang baru, iaitu dipanggil sebagai 'punctuated equilibrium'. Model ini dikatakan jauh menyimpang dari landasan rasional dan latarbelakang saintifik. Mungkin kerana ketiadaan bahan bukti yang cukup, mereka menciptakan model ini dengan mengatakan spesies berevolusi secara drastik tanpa sebarang bentuk peralihan.

Saya bagi contoh, seperti haiwan darat karnivor secara tiba-tiba berevolusi menjadi paus gergasi melalui proses trensformasi yang komprehensif.
(Maik-aih! Dah macam cerita dongeng katak bertukar menjadi putera raja plak~)

Tujuannya, mudah! Untuk menyembunyikan ruang kosong dalam rekod fosil yang gagal dijelaskan revolusionis. Bukan apa, ia adalah kerana evolusionis sendiri yang mengaku bahawa evolusi yang berlaku  untuk membentuk spesies yang baru memerlukan spesies peralihan yang besar bilangannya.

Mutasi hanya merosakkan susunan maklumat genetik. Malah mekanisme mutasi rawak (gross mutation) yang dibayangkan oleh model 'punctuated equilibrium' ini hanya menyebabkan ketidak-stabilan yang besar dalam susunan maklumat genetik.

Teori ini secara jelasnya adalah sebuah mekanisme khayalan. Kekurangan rekod fosil gagal membuktikan apa yang didakwa oleh Darwin lalu menyebabkan model 'punctuated equilibrium' diwujudkan. Darwin menyatakan pertukaran spesies kepada spesies yang lain memerlukan pertukaran beransur-ansur. Persoalannya, sehingga kini fossil spesies yang mengalami pertukaran secara ansuran atau digelar sebagai spesie peralihan masih tidak ditemui. (Nahh! Checkmate!)

'Punctuated equilibrium' tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembunyikan kegagalan mereka untuk memperolehi bukti dari rekod fosil.

Berikut merupakan nukilan daripada papa angkat para-para ateis ini.
"Mengapa, sekiranya kita diturunkan dari perubahan beransur-ansur, bukankah kita sepatutnya dapat melihat bentuk peralihan yang banyak? Mengapa alam tidak mengelirukan berbanding manusia yang kita lihat? Tetapi, sebagaimana dakwaan teori ini mengenai jumlah spesies peralihan yang besar, mengapa kita tidak temui mereka terbaring berjuta-juta di muka bumi? . . . tetapi dalam kawasan peralihan, yang mempunyai kondisi peralihan kehidupan, mengapa kita tidak temui variasi yang berhubung rapat? Kesukaran ini menghantui diri saya untuk jangka masa yang panjang."

Kebenaran pasti akan tertegak di muka bumi barakah ini! Ayuh mahasiswa sekalian, teruskan perjuangan para ilmuan Islam. Nyatakan kebesaran Allah di setiap bidang yang diceburi.
Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan". 
(al-Mulk, 26)
 Sumber rujukan yang aku gunakan ialah buku "Bagi Golongan Yang Berpemikiran". Karya Harun Yahya.
Akhir kalam, wallahualam.

Wednesday, June 29, 2011

Ateis Melayu

Assalamualaikum every one~

What the heck?!! Ateis Melayu? Ada ker??
Hari ni aku nak kongsi dengan korang mengenai tajuk di atas nih.
Ateis ialah orang yang berpegang dengan sepenuh hatinya bahawa tiada tuhan yang wujud dalam dunia ni~

Bak kata papa angkat aku (Zakir Naik), Ateis ni sudah meyakini separuh syahadah 'Lailaha'=tiada tuhan, cuma separuh lagi 'illallah=kecuali Allah'  untuk memeluk Islam dengan mengaku Allah sebagai tuhan yang esa.

Akhir-akhir ni, ramai Ateis yang aku temui di ruangan mukabuku[facebook]. Entah kenapa la ye~ Ramai yang memunculkan diri, mengaku dirinya Ateis dan mempersoalkan banyak perkara yang ada dalam agama.

Antaranya, kenapa tuhan tidak menjadikan semua orang memeluk Islam? Kenapa tuhan tidak adil kerana melakukan sedemikian? Kenapa tuhan tak menunjukkan diri? Aih, budak ni~ Kang ni makannya!(Sambil melempang kepala patung spiderman macam Nabil).

Aku sajalah stalk budak2 nih~ Mak-aih! Universiti tut tut(content sensored)~ Bukan sorang dua beb. Ramai pulak kan. Apa nak jadi mahasiswa sekarang?

Tiba-tiba aku teringat pulak semasa aku pergi dengar ceramah Sains dan Islam. Ada sorang bro ni tanya, actually da macam mengadu aku dengar.
'Assalamualaikum, saya nak tanya, Teori Evolusi ni betul ke disisi agama? Saya rasa Teori Evolusi ni macam betul je apabila kita belajar. Hati saya rasa tak senang bila belajar topik nih~"

Lebih kurang camtu lah, aku mana la ingat sangat. Uish! Sampai camtu sekali!(hatiku berkata-kata). Ini orang yang datang ceramah cakap camtu, kalau yang duk uha-uha! kat luar sana tu macam mana? Jangan main-main dengan Teori Evolusi ni. Inilah penyebabnya ramai orang menjadi Ateis.

Actually, teori ni menyebabkan orang tidak percaya dengan kewujudan tuhan. Mereka mengatakan yang alam ini terjadi dengan semulajadinya. Kalau istilah dorang ialah SUPERNATURAL. Bagi umat Islam kita perlu mengimani bahawa Allah sebagai tuhan. Dialah Pencipta kita, Yang mencipta benda yang TIADA kepada ADA.

Tu lah penangan belajar Sains tanpa diselitkan kebesaran Allah. Sedangkan ilmu Sains itu jelas menunjukkan kebesaran Allah. So, jangan heranlah ramai Ateis tersebut merupakan mahasiswa kita.

Hmm. . Aku nasihatkan kepada mahasiswa-mahasiswa di luar sana. Sama-samalah kita perkukuhkan iman kita. Carilah kuliah ilmu yang ada, tingkatkan keimanan kita, jangan lupa setiap ilmu itu berada di sisi Allah. Manfaatkan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Sentiasalah mencari hidayah Allah.

Akhir kalam, wallahualam.

Tuesday, June 21, 2011

Konflik Israel-Palestin: Apa penyelesaiannya?



Isu Israel-Palestin tak pernah surut akan kekecohannya. Sampai sekarang isu ini masih hangat dibincangkan di peringkat antarabangsa. Dengan episod-episod tragis yang tidak pernah putus, hiba rasa apabila melihat video kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Palestin. 

Isunya, kenapa begitu kejamnya mereka? Seperti sebuah penjajahan yang dilakukan dengan zalim. Walaupun beberapa perbincangan dilakukan antara dua belah pihak, isu ini seperti tidak ada penyelesaiannya.
Pelbagai persepsi umum yang kita dengar daripada orang ramai mengenai isu ini. Kebanyakannya menyatakan simpati mereka terhadap konflik yang berlaku sekarang ini.

Ceritanya mudah, Israel ingin memiliki TANAH YANG DIJANJIKAN yang selama ini mereka tungu-tunggukan. Tanah dimana termakamnya para-para anbiya',  tercoret seratus kisah sejarah. Itulah cerita yang kita selalu dengar, mungkin ada cerita lain disebaliknya, mana tau?
Aku pernah pergi ke sebuah forum bersama rakan seperjuanganku, Hud Azzaki. Forum tu berlansung di IAIS(International Advance Islamic Study) sebelah UM. Forum tu membincangkan mengenai konflik antarabangsa Israel-Palestin yang berlaku sekarang ini. 
Bak seperti seumpama pepatah Inggeris mengatakan 'Sharing Is Caring'. Jadi aku nak kongsi sedikit apa yang aku dapat kat forum tu~
Dalam penjajahan Israel terhadap bumi Palestine, pengkaji politik memberikan 3 pilihan yang mereka boleh gunakan melalui 3 ciri-ciri negara yang ingin dibina dibawah:
1-Demokrasi
2-Menduduki kawasan.
3-Negara Yahudi

Mereka menggunakan dasar Apartheid jika mengambil ciri-ciri 2 dan 3.
Menggunakan dasar dua negeri jika mereka menggunakan ciri-ciri 1 dan 2.
Menggunakan dasar 1 negeri jika mereka menggunakan ciri-ciri 1 dan 3


Dalam banyak-banyak cara diatas ni, bagi aku yang paling sopan ialah dasar dua negeri. Yang paling biadap dasar apartheid. Siapa yang belajar sejarah tingkatan 5 mesti pernah dengar dasar apartheid tu ape. Jadi pandai-pandailah korang ulangkaji sendiri. 


Pengkaji politik itu juga menggariskan 7 cara penyelesaian untuk menghadapi konflik ini. Cara-caranya ialah:


1- War crimes investigation
Bagi aku cara ini ada asasnya juga, tapi bagaimana caranya untuk mewujudkan satu suruhanjaya yang benar-benar telus dalam siasatan ini? Lagi-lagi apabila kes-kes yang melibatkan antarabangsa. Kita belajar sejarah pun ada khilaf pendapat juga, orang barat kata cenggini, orang timur kata cenggini. Mungkin perkara ini akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.


2-Boycott, divestment
Cara ini bagi aku agak sukar sedikit kerana ia melibatkan komitmen orang ramai malah mengurangkan peluang pekerjaan.Divestment tu aku rasa agak bijak jugalah, sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan ekonomi tempatan dan menurunkan ekonomi mereka.


3-Responsible investment
Semua mengenai ekonomi. Aku kurang sikit dalam hal ni. Bagi aku pelaburan yang bertanggungjawab ini merupakan kaedah yang digunakan untuk melemahkan ekonomi pihak lawan. Apabila kita tidak melabur pada negara tersebut, pendapatan negara mereka terjejas. Seperti yang kita sedia maklum, untuk melancarkan perang itu memerlukan wang yang banyak untuk bekalan makanan, senjata, latihan, perubatan dan macam-macam lagi.


4-Combat racism
Kaedah ini digunakan untuk menyerang ideologi yahudi. Yahudi amat kuat semangat kebangsaannya! Aku pernah terbaca di dalam satu forum siber, orang yahudi ni cakap "kita henaklah membunuh orang yang pada suatu hari akan membunuh kita". Hmmm, dasyatnya perangai dorang, dalam Islam perang hanyalah digunakan untuk membela diri bukan untuk menyerang. Islam juga menggunakan prinsip membuka kawasan, bukan menjajah kawasan.


5-Interfaith dialouge.
Cara ini amat berkesan dan mampu menjadi sumber hidayah kepada non-muslim untuk revert kepada Islam. Untuk pengetahuan anda, ada juga orang yahudi yang tidak menyokong Zionis Israel melakukan kekejaman itu. Ada sesetengah pihak yang mengatakan golongan ini merupakan Yahudi Ortodox dimana mereka masih berpegang pada kitab mereka.


6-Fair trade
Actually, benda ni amat digalakkan di dalam Islam. Bagi aku, perdangan akan bertambah adil jika sistem matawang dinar digunakan. Sistem matawang sekarang dikatakan mengandungi unsur-unsur riba. Ramai pengkaji ekonomi mengatakan Dollar america akn susut nilainya sehingga pada satu tahap wang tersebut tidak boleh digunakan, dan Malaysia bergantung pada nilai tukaran matawang Amerika. Bayangkan jika USD tidak boleh dipakai lagi, RM kita bagaimana pula? Dinar emas tidak penah susut nilainya, bahkan menaik dari masa ke semasa.


7-Viva Palestina
Viva bermaksud hidup, Palestina bermaksud Palestin. Nama yang digunakan oleh konvoi kemanusiaan. Menghantar barangan keperluan ke Palestin. Menyebakan isu ini dipandang global. Peserta terdiri dari pelbagai agama dan bangsa. Bersama-sama berkumpul di atas dasar kemanusiaan. Kesannya, penduduk dunia faham dan terlahir rasa simpati terhadap apa yang berlaku di Palestin.


Sebagai seorang yang bergelar Mahasiswa, kita tidak mampu mengangkat senjata untuk pergi ke Palestine. Cukuplah dengan melakukan mana yang termampu daripada 7 perkara di atas. Mahasiswa bersama Palestine~!


Friday, May 13, 2011

Kembali ber'blogging'

Shalom Alaikhim~
Hmm. . 
Lama dah tak update blog ni. . 
Sampai berhabuk. . Hehe. 


Meh aku jaga kau balik~
Kepada rakan-rakanku, 
terima kasihlah menjenguk blog aku nih. Bukannya best pon. Hehe. 
Lepas ni insyaAllah jadi best balik. . OK!