Thursday, June 30, 2011

Evolusi!!

Assalamualaikum.

Dear Bro n Sis, hawayu tudei?
Hari ini aku nak bercerita dengan korang mengenai teori EVOLUSI yang didokong oleh para2 ateis.
Bukan ape, saje je nak share ilmu sikit. Sekarang ni dorang da mula mendabik dada, menyatakan yang dorang ni betul. Dan persoalkan dengan pelbagai persoalan mengenai ketuhanan. Yang tak menahannya, dorang ni bernama Islam~

Okey, tulisan dibawah ni menggunakan nada ilmiah ye, kecuali luahan yang dikurungkan dengan breket~ Jadi seyezkan diri anda, baca doa blajar sikit~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Actually, Teori evolusi merupakan sebuah aliran falsafah dan konsep mengenai dunia, mengemukakan dakwaan dan anggapan palsu serta mereka-reka sandiwara imaginasi sebagai penjelasan tentang kewujudan dan asal usul kehidupan sekadar melalui istilah KEBETULAN. Sebenarnya falsafah penafian kewujudan tuhan ini sudah wujud sejak zaman lampau dan Greek kuno lagi.

Semua falsafah Ateis yang menafikan Penciptaan, secara lansung atau tidak lansung meliputi dan mempertahankan idea mengenai evolusi termasuk beberapa ideologi dan sistem yang menafikan kebenaran agama.

Fahaman mengenai evolusi ini disebarkan melalui teori yang dianggap saintifik selama satu setengah abad dalam perjuangan untuk menegakkannya. Walaupun dikemukakan saintifik sejak pertengahan abad ke-19, teori yang diusahakan bermati-matian, akhirnya gagal untuk menemukan sebarang pengesahan kebenarannya samada melalui penemuan saintifik atau eksperimen.

Orang pertama yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang ahli biologi amatur, Charles Darwin. Darwin yang telah menerbitkan ideanya dalam buku 'The Origin oF Species by Means of Natural Selection'. Dia mengatakan bahawa setiap makhluk memiliki leluhur sel yang berevolusi dari satu bentuk menjadi bentuk yang lain melalui mekanisme pilihan semulajadi(Natural Selection).

Makhluk yang mampu adaptasi dengan sempurna akan menurunkan sifatnya mereka kepada generasi seterusnya, dan melalu kumulatif/pengumpulan/penggabungan sifat sepanjang peredaran masa akhirnya, ia akan menukar satu individu kepada individu yang lain.

Idea Darwin ini diangkat tinggi di pelosok dunia. Puncanya kerana sewaktu Darwin mengutarakan ideanya, ilmu pengetahuan yang ada tidak memadai untuk membuktikan kesilapan hipotesis Darwin ini. Ketika Darwin mengemukakan teorinya, cabang ilmu seperti genetik, mikrobiologi, dan biokimia belum lagi lahir. Sekiranya disiplin ilmu seperti sudah ada, sudah pasti teori Darwin dengan mudah dibuktikan sebagai teori yang tidak saintifik dan tidak berasas.

Teori Darwin dengan menjadi kucar-kacir apabila lahirnya penemuan George Mandell iaitu hukum pewarisan pada tahun 1865. Dan kemudiannya kelahiran sains genetik apabila DNA ditemui. Saat itu puak-puak evolusionist menggelabah mencari idea yang baru untuk mempertahankan aliran falsafah penafian Penciptaan mereka dengan mewujudkan model yang baru yang dipanggil sebagai neo-Darwinisme.

Berdasarkan teori ini, spesies dikatakan berevolusi dengan cara berlakunya mutasi dimana ada proses kekacauan dalam genetik sehinggalah spesies yang gagah akan terus hidup dengan proses pilihan semulajadi. Walaubagaimanapun, model terbaru itu gagal membuktikan proses mutasi mampu untuk membuktikan terjadinya pembentukan spesies yang baru.

Akhirnya, Evolusionis ni pening kepala sekali lagi, lalu membuat lagi model yang baru, iaitu dipanggil sebagai 'punctuated equilibrium'. Model ini dikatakan jauh menyimpang dari landasan rasional dan latarbelakang saintifik. Mungkin kerana ketiadaan bahan bukti yang cukup, mereka menciptakan model ini dengan mengatakan spesies berevolusi secara drastik tanpa sebarang bentuk peralihan.

Saya bagi contoh, seperti haiwan darat karnivor secara tiba-tiba berevolusi menjadi paus gergasi melalui proses trensformasi yang komprehensif.
(Maik-aih! Dah macam cerita dongeng katak bertukar menjadi putera raja plak~)

Tujuannya, mudah! Untuk menyembunyikan ruang kosong dalam rekod fosil yang gagal dijelaskan revolusionis. Bukan apa, ia adalah kerana evolusionis sendiri yang mengaku bahawa evolusi yang berlaku  untuk membentuk spesies yang baru memerlukan spesies peralihan yang besar bilangannya.

Mutasi hanya merosakkan susunan maklumat genetik. Malah mekanisme mutasi rawak (gross mutation) yang dibayangkan oleh model 'punctuated equilibrium' ini hanya menyebabkan ketidak-stabilan yang besar dalam susunan maklumat genetik.

Teori ini secara jelasnya adalah sebuah mekanisme khayalan. Kekurangan rekod fosil gagal membuktikan apa yang didakwa oleh Darwin lalu menyebabkan model 'punctuated equilibrium' diwujudkan. Darwin menyatakan pertukaran spesies kepada spesies yang lain memerlukan pertukaran beransur-ansur. Persoalannya, sehingga kini fossil spesies yang mengalami pertukaran secara ansuran atau digelar sebagai spesie peralihan masih tidak ditemui. (Nahh! Checkmate!)

'Punctuated equilibrium' tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembunyikan kegagalan mereka untuk memperolehi bukti dari rekod fosil.

Berikut merupakan nukilan daripada papa angkat para-para ateis ini.
"Mengapa, sekiranya kita diturunkan dari perubahan beransur-ansur, bukankah kita sepatutnya dapat melihat bentuk peralihan yang banyak? Mengapa alam tidak mengelirukan berbanding manusia yang kita lihat? Tetapi, sebagaimana dakwaan teori ini mengenai jumlah spesies peralihan yang besar, mengapa kita tidak temui mereka terbaring berjuta-juta di muka bumi? . . . tetapi dalam kawasan peralihan, yang mempunyai kondisi peralihan kehidupan, mengapa kita tidak temui variasi yang berhubung rapat? Kesukaran ini menghantui diri saya untuk jangka masa yang panjang."

Kebenaran pasti akan tertegak di muka bumi barakah ini! Ayuh mahasiswa sekalian, teruskan perjuangan para ilmuan Islam. Nyatakan kebesaran Allah di setiap bidang yang diceburi.
Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan". 
(al-Mulk, 26)
 Sumber rujukan yang aku gunakan ialah buku "Bagi Golongan Yang Berpemikiran". Karya Harun Yahya.
Akhir kalam, wallahualam.

Wednesday, June 29, 2011

Ateis Melayu

Assalamualaikum every one~

What the heck?!! Ateis Melayu? Ada ker??
Hari ni aku nak kongsi dengan korang mengenai tajuk di atas nih.
Ateis ialah orang yang berpegang dengan sepenuh hatinya bahawa tiada tuhan yang wujud dalam dunia ni~

Bak kata papa angkat aku (Zakir Naik), Ateis ni sudah meyakini separuh syahadah 'Lailaha'=tiada tuhan, cuma separuh lagi 'illallah=kecuali Allah'  untuk memeluk Islam dengan mengaku Allah sebagai tuhan yang esa.

Akhir-akhir ni, ramai Ateis yang aku temui di ruangan mukabuku[facebook]. Entah kenapa la ye~ Ramai yang memunculkan diri, mengaku dirinya Ateis dan mempersoalkan banyak perkara yang ada dalam agama.

Antaranya, kenapa tuhan tidak menjadikan semua orang memeluk Islam? Kenapa tuhan tidak adil kerana melakukan sedemikian? Kenapa tuhan tak menunjukkan diri? Aih, budak ni~ Kang ni makannya!(Sambil melempang kepala patung spiderman macam Nabil).

Aku sajalah stalk budak2 nih~ Mak-aih! Universiti tut tut(content sensored)~ Bukan sorang dua beb. Ramai pulak kan. Apa nak jadi mahasiswa sekarang?

Tiba-tiba aku teringat pulak semasa aku pergi dengar ceramah Sains dan Islam. Ada sorang bro ni tanya, actually da macam mengadu aku dengar.
'Assalamualaikum, saya nak tanya, Teori Evolusi ni betul ke disisi agama? Saya rasa Teori Evolusi ni macam betul je apabila kita belajar. Hati saya rasa tak senang bila belajar topik nih~"

Lebih kurang camtu lah, aku mana la ingat sangat. Uish! Sampai camtu sekali!(hatiku berkata-kata). Ini orang yang datang ceramah cakap camtu, kalau yang duk uha-uha! kat luar sana tu macam mana? Jangan main-main dengan Teori Evolusi ni. Inilah penyebabnya ramai orang menjadi Ateis.

Actually, teori ni menyebabkan orang tidak percaya dengan kewujudan tuhan. Mereka mengatakan yang alam ini terjadi dengan semulajadinya. Kalau istilah dorang ialah SUPERNATURAL. Bagi umat Islam kita perlu mengimani bahawa Allah sebagai tuhan. Dialah Pencipta kita, Yang mencipta benda yang TIADA kepada ADA.

Tu lah penangan belajar Sains tanpa diselitkan kebesaran Allah. Sedangkan ilmu Sains itu jelas menunjukkan kebesaran Allah. So, jangan heranlah ramai Ateis tersebut merupakan mahasiswa kita.

Hmm. . Aku nasihatkan kepada mahasiswa-mahasiswa di luar sana. Sama-samalah kita perkukuhkan iman kita. Carilah kuliah ilmu yang ada, tingkatkan keimanan kita, jangan lupa setiap ilmu itu berada di sisi Allah. Manfaatkan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Sentiasalah mencari hidayah Allah.

Akhir kalam, wallahualam.

Tuesday, June 21, 2011

Konflik Israel-Palestin: Apa penyelesaiannya?



Isu Israel-Palestin tak pernah surut akan kekecohannya. Sampai sekarang isu ini masih hangat dibincangkan di peringkat antarabangsa. Dengan episod-episod tragis yang tidak pernah putus, hiba rasa apabila melihat video kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Palestin. 

Isunya, kenapa begitu kejamnya mereka? Seperti sebuah penjajahan yang dilakukan dengan zalim. Walaupun beberapa perbincangan dilakukan antara dua belah pihak, isu ini seperti tidak ada penyelesaiannya.
Pelbagai persepsi umum yang kita dengar daripada orang ramai mengenai isu ini. Kebanyakannya menyatakan simpati mereka terhadap konflik yang berlaku sekarang ini.

Ceritanya mudah, Israel ingin memiliki TANAH YANG DIJANJIKAN yang selama ini mereka tungu-tunggukan. Tanah dimana termakamnya para-para anbiya',  tercoret seratus kisah sejarah. Itulah cerita yang kita selalu dengar, mungkin ada cerita lain disebaliknya, mana tau?
Aku pernah pergi ke sebuah forum bersama rakan seperjuanganku, Hud Azzaki. Forum tu berlansung di IAIS(International Advance Islamic Study) sebelah UM. Forum tu membincangkan mengenai konflik antarabangsa Israel-Palestin yang berlaku sekarang ini. 
Bak seperti seumpama pepatah Inggeris mengatakan 'Sharing Is Caring'. Jadi aku nak kongsi sedikit apa yang aku dapat kat forum tu~
Dalam penjajahan Israel terhadap bumi Palestine, pengkaji politik memberikan 3 pilihan yang mereka boleh gunakan melalui 3 ciri-ciri negara yang ingin dibina dibawah:
1-Demokrasi
2-Menduduki kawasan.
3-Negara Yahudi

Mereka menggunakan dasar Apartheid jika mengambil ciri-ciri 2 dan 3.
Menggunakan dasar dua negeri jika mereka menggunakan ciri-ciri 1 dan 2.
Menggunakan dasar 1 negeri jika mereka menggunakan ciri-ciri 1 dan 3


Dalam banyak-banyak cara diatas ni, bagi aku yang paling sopan ialah dasar dua negeri. Yang paling biadap dasar apartheid. Siapa yang belajar sejarah tingkatan 5 mesti pernah dengar dasar apartheid tu ape. Jadi pandai-pandailah korang ulangkaji sendiri. 


Pengkaji politik itu juga menggariskan 7 cara penyelesaian untuk menghadapi konflik ini. Cara-caranya ialah:


1- War crimes investigation
Bagi aku cara ini ada asasnya juga, tapi bagaimana caranya untuk mewujudkan satu suruhanjaya yang benar-benar telus dalam siasatan ini? Lagi-lagi apabila kes-kes yang melibatkan antarabangsa. Kita belajar sejarah pun ada khilaf pendapat juga, orang barat kata cenggini, orang timur kata cenggini. Mungkin perkara ini akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.


2-Boycott, divestment
Cara ini bagi aku agak sukar sedikit kerana ia melibatkan komitmen orang ramai malah mengurangkan peluang pekerjaan.Divestment tu aku rasa agak bijak jugalah, sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan ekonomi tempatan dan menurunkan ekonomi mereka.


3-Responsible investment
Semua mengenai ekonomi. Aku kurang sikit dalam hal ni. Bagi aku pelaburan yang bertanggungjawab ini merupakan kaedah yang digunakan untuk melemahkan ekonomi pihak lawan. Apabila kita tidak melabur pada negara tersebut, pendapatan negara mereka terjejas. Seperti yang kita sedia maklum, untuk melancarkan perang itu memerlukan wang yang banyak untuk bekalan makanan, senjata, latihan, perubatan dan macam-macam lagi.


4-Combat racism
Kaedah ini digunakan untuk menyerang ideologi yahudi. Yahudi amat kuat semangat kebangsaannya! Aku pernah terbaca di dalam satu forum siber, orang yahudi ni cakap "kita henaklah membunuh orang yang pada suatu hari akan membunuh kita". Hmmm, dasyatnya perangai dorang, dalam Islam perang hanyalah digunakan untuk membela diri bukan untuk menyerang. Islam juga menggunakan prinsip membuka kawasan, bukan menjajah kawasan.


5-Interfaith dialouge.
Cara ini amat berkesan dan mampu menjadi sumber hidayah kepada non-muslim untuk revert kepada Islam. Untuk pengetahuan anda, ada juga orang yahudi yang tidak menyokong Zionis Israel melakukan kekejaman itu. Ada sesetengah pihak yang mengatakan golongan ini merupakan Yahudi Ortodox dimana mereka masih berpegang pada kitab mereka.


6-Fair trade
Actually, benda ni amat digalakkan di dalam Islam. Bagi aku, perdangan akan bertambah adil jika sistem matawang dinar digunakan. Sistem matawang sekarang dikatakan mengandungi unsur-unsur riba. Ramai pengkaji ekonomi mengatakan Dollar america akn susut nilainya sehingga pada satu tahap wang tersebut tidak boleh digunakan, dan Malaysia bergantung pada nilai tukaran matawang Amerika. Bayangkan jika USD tidak boleh dipakai lagi, RM kita bagaimana pula? Dinar emas tidak penah susut nilainya, bahkan menaik dari masa ke semasa.


7-Viva Palestina
Viva bermaksud hidup, Palestina bermaksud Palestin. Nama yang digunakan oleh konvoi kemanusiaan. Menghantar barangan keperluan ke Palestin. Menyebakan isu ini dipandang global. Peserta terdiri dari pelbagai agama dan bangsa. Bersama-sama berkumpul di atas dasar kemanusiaan. Kesannya, penduduk dunia faham dan terlahir rasa simpati terhadap apa yang berlaku di Palestin.


Sebagai seorang yang bergelar Mahasiswa, kita tidak mampu mengangkat senjata untuk pergi ke Palestine. Cukuplah dengan melakukan mana yang termampu daripada 7 perkara di atas. Mahasiswa bersama Palestine~!