Wednesday, June 29, 2011

Ateis Melayu

Assalamualaikum every one~

What the heck?!! Ateis Melayu? Ada ker??
Hari ni aku nak kongsi dengan korang mengenai tajuk di atas nih.
Ateis ialah orang yang berpegang dengan sepenuh hatinya bahawa tiada tuhan yang wujud dalam dunia ni~

Bak kata papa angkat aku (Zakir Naik), Ateis ni sudah meyakini separuh syahadah 'Lailaha'=tiada tuhan, cuma separuh lagi 'illallah=kecuali Allah'  untuk memeluk Islam dengan mengaku Allah sebagai tuhan yang esa.

Akhir-akhir ni, ramai Ateis yang aku temui di ruangan mukabuku[facebook]. Entah kenapa la ye~ Ramai yang memunculkan diri, mengaku dirinya Ateis dan mempersoalkan banyak perkara yang ada dalam agama.

Antaranya, kenapa tuhan tidak menjadikan semua orang memeluk Islam? Kenapa tuhan tidak adil kerana melakukan sedemikian? Kenapa tuhan tak menunjukkan diri? Aih, budak ni~ Kang ni makannya!(Sambil melempang kepala patung spiderman macam Nabil).

Aku sajalah stalk budak2 nih~ Mak-aih! Universiti tut tut(content sensored)~ Bukan sorang dua beb. Ramai pulak kan. Apa nak jadi mahasiswa sekarang?

Tiba-tiba aku teringat pulak semasa aku pergi dengar ceramah Sains dan Islam. Ada sorang bro ni tanya, actually da macam mengadu aku dengar.
'Assalamualaikum, saya nak tanya, Teori Evolusi ni betul ke disisi agama? Saya rasa Teori Evolusi ni macam betul je apabila kita belajar. Hati saya rasa tak senang bila belajar topik nih~"

Lebih kurang camtu lah, aku mana la ingat sangat. Uish! Sampai camtu sekali!(hatiku berkata-kata). Ini orang yang datang ceramah cakap camtu, kalau yang duk uha-uha! kat luar sana tu macam mana? Jangan main-main dengan Teori Evolusi ni. Inilah penyebabnya ramai orang menjadi Ateis.

Actually, teori ni menyebabkan orang tidak percaya dengan kewujudan tuhan. Mereka mengatakan yang alam ini terjadi dengan semulajadinya. Kalau istilah dorang ialah SUPERNATURAL. Bagi umat Islam kita perlu mengimani bahawa Allah sebagai tuhan. Dialah Pencipta kita, Yang mencipta benda yang TIADA kepada ADA.

Tu lah penangan belajar Sains tanpa diselitkan kebesaran Allah. Sedangkan ilmu Sains itu jelas menunjukkan kebesaran Allah. So, jangan heranlah ramai Ateis tersebut merupakan mahasiswa kita.

Hmm. . Aku nasihatkan kepada mahasiswa-mahasiswa di luar sana. Sama-samalah kita perkukuhkan iman kita. Carilah kuliah ilmu yang ada, tingkatkan keimanan kita, jangan lupa setiap ilmu itu berada di sisi Allah. Manfaatkan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Sentiasalah mencari hidayah Allah.

Akhir kalam, wallahualam.

4 comments:

  1. Salam...

    kebetulan, baru terjumpa dengan ayat n tafsiran ni,cam fresh lagi, so, teringat. mudah-mudahan ingat utk selama-lamanya...:

    "Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan."(QS. 16:93)[An-Nahl : 93]

    Tafsir / Indonesia / DEPAG / Surah An Nahl 93
    وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَلَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (93)
    Kemudian Allah SWT dalam ayat ini mengemukakan, kekuasaan Nya bahwa sekiranya Dia berkehendak tentulah Dia kuasa mempersatukan manusia ke dalam satu agama sesuai dengan tabiat manusia itu, dan diadakannya kemampuan ikhtiar dan pertimbangan terhadap apa yang dikerjakan. Dengan demikian, lalu manusia itu hidup seperti halnya semut atau lebah atau hidup seperti malaikat yang diciptakan bagaikan robot yang penuh ketaatan kepada Allah, sedikitpun tidak akan menyimpang dari ketentuan yang benar, atau kesasar ke jalan kesesatan. Akan tetapi Allah SWT tidak berkehendak demikian itu dalam menciptakan manusia. Allah menciptakan manusia dengan menganugerahkan kepada mereka kemampuan berikhtiar dan berusaha dengan penuh pertimbangan. Daya pertimbangan itu sejak azali diberikan kepada manusia. Pahala dan siksa berkaitan erat dengan pilihan dan pertimbangan manusia itu. Masing-masing mereka diminta pertanggungjawaban terhadap segala perbuatan yang dihasilkan oleh pertimbangan dan pilihan mereka itu.

    p/s: kalau nak cari terjemahan online ayat al-Quran, aku syorkan web ni..sebab dy ada tafsir n asbab nuzul skali. tapi, loading dy lambat skit.. myb sebab dh byk sgt benda dalam web tu..
    http://c.1asphost.com/sibin/Alquran_Tafsir.asp?pageno=5&SuratKe=16

    ReplyDelete
  2. Yes! Itulah jawapannya~
    Mengenai kenapa tuhan tidak menunjukkan diri, perkara ini memang ulama' bincang panjang~
    ANtaranya, kita tidak dikurniakan anggota yg dapat melihat tuhan ataupun dalam erti kata lain, pandangan kita terhijab~
    Rasullullah dapat melihat Allah, satu-satunya nabi kita yang dapat melihat Allah~
    Nabi Musa pernah meminta untuk melihat Allah, ttp tidak boleh, krn itu baginda menunggu Rasulullah ketika Israk Mikraj untuk bertanya bagaimanakah Allah~ Nabi Muhammad s.a.w tidak terkata akan kbesarannya~ Lalu beliau mceritakan perihal solat 5o waktu~ Kemudian Nabi Musa menasihatkan supaya dikurangkan~

    ReplyDelete
  3. Islam tak tolak teori evolusi. Quran sendiri ada sebut semua makhluk bermula dgn adanya air dan kejadian manusia diceritakan dengan lengkap. Kalau itu bukan evolusi, apa namanya tu?

    ReplyDelete
  4. Adakah itu dinamakan evolusi? Atau tumbesaran? Maaf, saya masih tidak menemui bukti dari al-Quran atau hadis yang manusia berevolusi daripada makhluk monyet.

    ReplyDelete