Thursday, June 30, 2011

Evolusi!!

Assalamualaikum.

Dear Bro n Sis, hawayu tudei?
Hari ini aku nak bercerita dengan korang mengenai teori EVOLUSI yang didokong oleh para2 ateis.
Bukan ape, saje je nak share ilmu sikit. Sekarang ni dorang da mula mendabik dada, menyatakan yang dorang ni betul. Dan persoalkan dengan pelbagai persoalan mengenai ketuhanan. Yang tak menahannya, dorang ni bernama Islam~

Okey, tulisan dibawah ni menggunakan nada ilmiah ye, kecuali luahan yang dikurungkan dengan breket~ Jadi seyezkan diri anda, baca doa blajar sikit~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Actually, Teori evolusi merupakan sebuah aliran falsafah dan konsep mengenai dunia, mengemukakan dakwaan dan anggapan palsu serta mereka-reka sandiwara imaginasi sebagai penjelasan tentang kewujudan dan asal usul kehidupan sekadar melalui istilah KEBETULAN. Sebenarnya falsafah penafian kewujudan tuhan ini sudah wujud sejak zaman lampau dan Greek kuno lagi.

Semua falsafah Ateis yang menafikan Penciptaan, secara lansung atau tidak lansung meliputi dan mempertahankan idea mengenai evolusi termasuk beberapa ideologi dan sistem yang menafikan kebenaran agama.

Fahaman mengenai evolusi ini disebarkan melalui teori yang dianggap saintifik selama satu setengah abad dalam perjuangan untuk menegakkannya. Walaupun dikemukakan saintifik sejak pertengahan abad ke-19, teori yang diusahakan bermati-matian, akhirnya gagal untuk menemukan sebarang pengesahan kebenarannya samada melalui penemuan saintifik atau eksperimen.

Orang pertama yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang ahli biologi amatur, Charles Darwin. Darwin yang telah menerbitkan ideanya dalam buku 'The Origin oF Species by Means of Natural Selection'. Dia mengatakan bahawa setiap makhluk memiliki leluhur sel yang berevolusi dari satu bentuk menjadi bentuk yang lain melalui mekanisme pilihan semulajadi(Natural Selection).

Makhluk yang mampu adaptasi dengan sempurna akan menurunkan sifatnya mereka kepada generasi seterusnya, dan melalu kumulatif/pengumpulan/penggabungan sifat sepanjang peredaran masa akhirnya, ia akan menukar satu individu kepada individu yang lain.

Idea Darwin ini diangkat tinggi di pelosok dunia. Puncanya kerana sewaktu Darwin mengutarakan ideanya, ilmu pengetahuan yang ada tidak memadai untuk membuktikan kesilapan hipotesis Darwin ini. Ketika Darwin mengemukakan teorinya, cabang ilmu seperti genetik, mikrobiologi, dan biokimia belum lagi lahir. Sekiranya disiplin ilmu seperti sudah ada, sudah pasti teori Darwin dengan mudah dibuktikan sebagai teori yang tidak saintifik dan tidak berasas.

Teori Darwin dengan menjadi kucar-kacir apabila lahirnya penemuan George Mandell iaitu hukum pewarisan pada tahun 1865. Dan kemudiannya kelahiran sains genetik apabila DNA ditemui. Saat itu puak-puak evolusionist menggelabah mencari idea yang baru untuk mempertahankan aliran falsafah penafian Penciptaan mereka dengan mewujudkan model yang baru yang dipanggil sebagai neo-Darwinisme.

Berdasarkan teori ini, spesies dikatakan berevolusi dengan cara berlakunya mutasi dimana ada proses kekacauan dalam genetik sehinggalah spesies yang gagah akan terus hidup dengan proses pilihan semulajadi. Walaubagaimanapun, model terbaru itu gagal membuktikan proses mutasi mampu untuk membuktikan terjadinya pembentukan spesies yang baru.

Akhirnya, Evolusionis ni pening kepala sekali lagi, lalu membuat lagi model yang baru, iaitu dipanggil sebagai 'punctuated equilibrium'. Model ini dikatakan jauh menyimpang dari landasan rasional dan latarbelakang saintifik. Mungkin kerana ketiadaan bahan bukti yang cukup, mereka menciptakan model ini dengan mengatakan spesies berevolusi secara drastik tanpa sebarang bentuk peralihan.

Saya bagi contoh, seperti haiwan darat karnivor secara tiba-tiba berevolusi menjadi paus gergasi melalui proses trensformasi yang komprehensif.
(Maik-aih! Dah macam cerita dongeng katak bertukar menjadi putera raja plak~)

Tujuannya, mudah! Untuk menyembunyikan ruang kosong dalam rekod fosil yang gagal dijelaskan revolusionis. Bukan apa, ia adalah kerana evolusionis sendiri yang mengaku bahawa evolusi yang berlaku  untuk membentuk spesies yang baru memerlukan spesies peralihan yang besar bilangannya.

Mutasi hanya merosakkan susunan maklumat genetik. Malah mekanisme mutasi rawak (gross mutation) yang dibayangkan oleh model 'punctuated equilibrium' ini hanya menyebabkan ketidak-stabilan yang besar dalam susunan maklumat genetik.

Teori ini secara jelasnya adalah sebuah mekanisme khayalan. Kekurangan rekod fosil gagal membuktikan apa yang didakwa oleh Darwin lalu menyebabkan model 'punctuated equilibrium' diwujudkan. Darwin menyatakan pertukaran spesies kepada spesies yang lain memerlukan pertukaran beransur-ansur. Persoalannya, sehingga kini fossil spesies yang mengalami pertukaran secara ansuran atau digelar sebagai spesie peralihan masih tidak ditemui. (Nahh! Checkmate!)

'Punctuated equilibrium' tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembunyikan kegagalan mereka untuk memperolehi bukti dari rekod fosil.

Berikut merupakan nukilan daripada papa angkat para-para ateis ini.
"Mengapa, sekiranya kita diturunkan dari perubahan beransur-ansur, bukankah kita sepatutnya dapat melihat bentuk peralihan yang banyak? Mengapa alam tidak mengelirukan berbanding manusia yang kita lihat? Tetapi, sebagaimana dakwaan teori ini mengenai jumlah spesies peralihan yang besar, mengapa kita tidak temui mereka terbaring berjuta-juta di muka bumi? . . . tetapi dalam kawasan peralihan, yang mempunyai kondisi peralihan kehidupan, mengapa kita tidak temui variasi yang berhubung rapat? Kesukaran ini menghantui diri saya untuk jangka masa yang panjang."

Kebenaran pasti akan tertegak di muka bumi barakah ini! Ayuh mahasiswa sekalian, teruskan perjuangan para ilmuan Islam. Nyatakan kebesaran Allah di setiap bidang yang diceburi.
Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan". 
(al-Mulk, 26)
 Sumber rujukan yang aku gunakan ialah buku "Bagi Golongan Yang Berpemikiran". Karya Harun Yahya.
Akhir kalam, wallahualam.

No comments:

Post a Comment