Sunday, July 17, 2011

Solat-Sebuah Program Menuju Kesolehan

Assalamualaikum wbt~
Apa khabar sahabatku sekalian? Lahirkan rasa syukur kepada Allah dalam apa jua keadaan kita sama ada sakit ataupun sihat kerana sakit itu adalah ujian dan sihat itu adalah rahmat.

Solat! Ramai orang memberi makna solat itu ialah Doa dalam bahasa manjanya Prayer. Solat bukan sahaja tempat untuk kita berdoa, tetapi lebih daripada itu.

Ibadah ialah segala perkara yang kita lakukan kerana mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Ibadah yang terpenting ialah ibadah solat. Malah ibadat solat merupakan ibadat yang akan ditanya di awal-awal perhitungan di akhirat nanti.(Abu Daud, vol1, Kitab Solat, Bab 300, hadis 863)

Di dalam solat, kita juga mencari ketenangan di dalamnya, kita mencari petunjuk, dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, solat ini merupakan sebuah program seperti yang saya sebut di atas iaitu Program Menuju Kesolehan.

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan di muka bumi(Quran 95.4). Minda kita mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
Ahli psychologi berkata, ketika solat minda kita akan kosong. Kerana itu minda kita akan memikirkan pelbagai perkara untuk mengisi kekosongan tersebut.

Semasa solat, kita membaca ayat-ayat al-Quran secara mechanically. Walaupun dalam keadaan mengantuk, kita mampu menghabiskan bacaan Surah al-Fatihah. Hanya sedikit daripada bahagian minda kita digunakan untuk mengingat kembali ayat-ayat tersebut.

Oleh itu, kita perlulah mengetahui makna setiap ayat-ayat tersebut untuk mengisi kekosongan minda yang berlaku ketika kita sedang solat. Kesannya, ia dapat mengelakkan minda kita dari terbang melayang. Selepas itu, kita perlulah memberi perhatian sepenuhnya kepada bacaan kita dan makna kepada bacaan tersebut. Kerana ada sebab yang kita perlu tahu disebalik ayat-ayat tersebut yang akan melahirkan kesan-kesan yang optima.
"...Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..." 
(Quran 29.45)
Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah.
Solat mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Solat merupakan satu program yang membentuk keperibadian muslim. Solat merupakan program yang diperlukan setiap umat manusia. Manusia memerlukan program ini sebanyak 5 kali kerana manusia mempunyai kelemahan iaitu mudah lupa. Jadi kita perlukan solat 5 waktu untuk memenuhi keperluan kita sebagai hamba. (Quran 11.114)(17.78)(20.130)(30.17-18)
 Pada zaman nabi Isa a.s, solat hanya disyariatkan sebanyak 3 waktu sahaja.(Daniel 6.10)

Antara perkara-perkara yang diprogramkan di dalam solat.

  1. Tidak minum arak, berjudi, menyembah berhala, mengundi nasib.(Quran 5.90)
  2. Jangan membunuh.(Quran 5.27-30)
  3. Berbuat baik kepada ibubapa.(Quran 17.23-24)
  4. Memaafkan orang lain.(2.263)
  5. Melakukan sedekah.(2.271)
  6. Jangan menzalimi anak-anak yatim(93.10)
Dan banyak lagi.
Perkara-perkara ini yang membentuk keperibadian yang mulia di dalam diri seseorang. Para sahabat dahulu terus laksanakan apa sahaja arahan daripada Allah s.w.t. Apabila disuruh solat, lansung mereka lakukannya. Apabila disuruh meninggalkan arak, lansung ditinggalkannya.Umat manusia kini sudah hilang nilai-nilai kemanusiannya, lihat sahaja di Palestin. 

Ada orang mempersoalkan, kenapa ada orang Islam yang solat tetapi masih melakukan maksiat. Jawapannya ada di dalam al-Quran.
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(1)(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,(2)(Quran 23.1-2)

Kesimpulannya, kita perlulah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Kita perlulah memahami apa yang kita bacakan. Kita kena amalkan apa yang kita bacakan. Kita perlu menghafal lebih banyak lagi ayat al-Quran. And last but not least, sampaikan kepada sesiapa walaupun satu ayat apa yang saya terangkan kepada sahabat2 diruangan ini.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.(Quran 14.40)
Sumber-Video Salaah The Programming Toward Righteousness-Dr Zakir Naik
InsyaAllah, will be continued~

Keredhaanmu yang kucari, syurgamu yang kunanti.

No comments:

Post a Comment