Saturday, December 31, 2011

Jom baca al-Quran!

Assalamualaikum wbt.
 
“Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu: Kitabullah dan Sunnahku”.
[HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah]

Al-Quran merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w yang masih ada sehingga sekarang. Yang menerangkan pelbagai perkara, menjadi petunjuk untuk melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Memberi kesedaran kepada kita mengenai erti kehidupan.

Allah swt telah menjadikan manusia dan jin di atas muka bumi ini untuk beribadah kepada-Nya.
Allah swt juga telah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini sebaiknya.

Al-Quran merupakan panduan kepada manusia untuk menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa kepadaNya.

Berdasarkan hadis yang di atas, Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa kita tidak akan sesat selagi mana kita berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnahnya.

Saya ingin mengajak rakan-rakan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran dan memahami isi kandungnya.

Menjadikan ketiadaan al-Quran sebagai sebab mengapa tidak membacanya merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Kita seharusnya berusaha mencari jalan pintas untuk mendapatkannya. 

Sebagai satu contoh ialah dengan klik pada tab yang disediakan di dalam blog ini dan baca:



Mudah! kan?

Friday, December 23, 2011

Islam 24 hours

Assalamualaikum wbt.

Islam 1 hari, Islam 24 jam, Islam 1440 minit, Islam 86400 saat.

Itulah tajuk usrah kami bersama abang Naqiu di surau KK8. Sungguh menarik!

Sudah lama tidah berusrah. Pengisiannya yang mantop. Kita seharusnya sentiasa memperingati diri untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri(soleh).


Bermula pada jam 9 sehingga 11 malam. Dimulakan dengan sesi ta'aruf antara ahli. Lebih kurang 10 orang yang hadir semalam(23/12/11).

Inilah antara rukun usrah yang digariskan. Iaitu ta'aruf(saling mengenali), kemudiannya tafahum(saling memahami) dan akhirnya takaful(saling tolong-menolong). Sungguh indah usrah ini jika dilihat dari aspek ukhuwah sesama muslim.


Abg Naqiu: Tak kenal maka tak . . 
Saya menyambung, "maka tak cinta!".

Abg Naqiu: Maka tak tahu. . 
Arghh! Tekaan ku salah. . (Monolog dalamanku)

Kemudian usrah diteruskan dengan beberapa soalan yang menyegarkan ingatan.

Apakah itu IMAN?
Iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah, dan melaksanakannya dengan perbuatan.

Apa beza percaya dengan yakin??
"Percaya ni macam ada sorang tu dia tengok tv, ada berita mengenai buaya timbul semasa banjir di Kajang, jadi dia percaya kerana dia melihat gambar buaya tu dalam berita. Yakin ni pulak, orang tu pergi kat tempat banjir tu, pastu dia sendiri yang nampak dengan mata kepalanya sendiri.", Prof Zul.(Gelaran rakan kami. .)

Abg Naqiu pun memberikan jawapannya dengan analogi mudah.

"Ada dalam satu pertunjukan, orang ni memang penembak yang tepat, dia pun tunjuk kelebihannya dengan menembak buah ceri yang diletakkan di atas kayu, semua penonton yang melihat percaya dengan kelebihan penembak tersebut. Kemudian si penembak tepat tu pun memanggil seorang volunteer untuk membantu dia melakukan aksi yang hebat. Kemudian si penembak tepat itu pun meletakkMan ceri di atas kepala orang tersebut, agak-agak volunteer itu berani tak?? Semestinya dia tidak berani kerana dia tidak yakin dengan kelebihan si penembak itu walaupun dia percaya yang si penembak itu mampu menembak dengan tepat"

Cerita yang sungguh menarik dan mudah difahami. Jadi, dimana letaknya keimanan kita, adakah pada tahap percaya ataupun pada tahap yakin.

Kemudian Abg Naqiu memberikan sedikit rukun-rukun syahadah antaranya, melaksanakan perintah Allah, meninggalkan larangannya, dan melakukan sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Tamatlah intro usrah pada malam tersebut.
 Huh! Baru intro?? Hahaha. 

Apakah ciri-ciri Islam?
Abg Naqiu mengajukan soalan kepada kami.
Pelbagai jawapan didengari, dan ada yang menepati skemanya.

Antara ciri-ciri Islam ialah:

1. Rabbaniyah
Bermaksud agama yang bersifat ketuhanan, agama yang berasal daripada Allah, bukan agama rekaan manusia.
"Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu." (Al Maidah : 3)

2. Syumuliah
Bermaksud agama yang menyeluruh. Menyentuh segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, munakahad, jinayat dan sebagainya. Islam adalah panduan bagi manusia.

3. Alamiyah
Bermaksud agama yang universal. Tidak mengira bangsa apa, keturunan apa, negara mana, kita adalah sama. Iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

4. Waqi'iah
Bermaksud sesuai di sepanjang zaman. Islam agama yang lengkap dan menjadi panduan sepanjang zaman. Islam tidak perlu dicorakkan berdasarkan sesuatu zaman tetapi zaman itulah yang perlu dicorakkan berdasarkan Islam.

5. Inkilabiah.
Bermaksud meninggikan sesuatu dan pada waktu yang sama merendahkan sesuatu. Sebagai contoh apabila Islam dijulang di Mekah maka pada waktu itu semua berhala dihancurkan.


6. Tsabat wal murunah.

Bermaksud tetap dan fleksibel. Hukum Allah adalah tetap cuma dari segi pelaksannaanya amat fleksibal. Sebagai contoh, hukum menutup aurat adalah tetap. Cuma bagaimana kita menutup aurat adalah fleksibel seperti memakai kotak, memakai selimut.

"Tak wajib pakai tudung, tapi kita wajib tutup aurat", kata Prof Zul.


Itulah antara pengisian usrah pada malam itu.
Kaitannya dengan Islam 24 hours ialah Islam itu syumul, bermula dari celiknya mata kita dari tidur sehingga pejamnya mata kita untuk tidur ada panduan yang diajarkan di dalam agama Islam.

Masuk tandas, keluar tandas, keluar rumah, naik kenderaan, nak makan, lepas makan, nak belajar, nak ziarah rakan, nak berjalan, malah cara tidur pun ada panduannya. Thats why the topic of this usrah is 'Islam 24 hours'.
 
I'm proud to be Muslim,
"Lets be a muslim by choice not by chance", Shah Kirit.

Credit to Abg Naqiu, Hanis, Prof Zul, Kucai, Hassan Basri, Rozlin, Rahman, Syed Soufi n other one(im forgot) yang datang usrah bersama-sama.

"Kita bersahabat di dunia, moga-moga kita bersahabat di dalam syurga", Ust Azlan Zainal.

Monday, December 19, 2011

Demonstrasi = Perhimpunan Aman! Why takut2?

Assalamualaikum wbt. . .
Hari ini saya ingin berkata-kata mengenai apa itu Demonstrasi aka Perhimpunan Aman.

Demonstrasi ialah "perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan" berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Demostrasi ini amat sinonim di dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkan politik yang bercorak demokrasi.



Why scare?! 

Inilah jalan yang terakhir untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak. Ini adalah hak kita untuk menyuarakan pendapat ataupun bantahan.  Selepas melakukan beberapa siri bantahan melalui penulisan, melalui rundingan dan jika tiada respons daripada pihak tersebut maka cara ini amat relevan bagi kita.

17 Disember 2011 merupakan tarikh keramat dalam sejarah gerakan mahasiswa. Mahasiswa yang datang dari pelbagai intitusi pengajian tinggi dari pelbagai pelusuk Malaysia turun ke jalanan untuk menyuarakan bantahan. Hasrat mereka adalah satu iaitu MANSUHKAN Auku.


Seawal jam 1 petang, kami berkumpul di Masjid Jamek dan melakukan solat Zohor secara berjemaah bersama-sama. Masa inilah  kami berkenal-kenalan antara satu sama lain. Pada awalnya rasa gundah itu ada kerana polis berpakaian seragam memenuhi ruang hadapan pagar masjid. Lebih kurang 3 pancuan roda polis diparkirkan dihadapan masjid tersebut.

Pada jam 2 petang, kami berkumpul dan membahagi-bahagikan head badge dan banner. Laungan keramat student Power! dilaungkan. Semua berpusu-pusu berkumpul untuk menyatakan solidariti masing-masing. Kami menjangkakan berlakunya tangkapan pada waktu itu. Rupa-rupanya pihak polis membenarkan kami melakukan demonstrasi pada hari tersebut. Terima kasih abang polis!



Hidup! Hidup! Mahasiswa!
Hancur! Hancur! Kezaliman!
Bangkit! Bangkit! Mahasiswa!
Mansuh! Mansuh! Mansuh AUKU!
Bebas! Bebas! Akademik!

Itulah antara slogan-slogan yang dilaungkan. Kami berjalan dari masjid Jamek menuju ke pusat membeli-belah SOGO. Di situ kami berhenti untuk mendengar kata-kata daripada ketua Gerakan Bebas Akademik (BEBAS) iaitu saudara Safwan bin Anang@Talib dan ucapa dari leader front-front yang lain. Kemudian kami meneruskan perarakan ke bangunan SUHAKAM. Ramai yang menyokong dan turut serta bersama kami dalam menyatakan hasrat mahasiswa.

Kereta yang melalui jalan tersebut membunyikan hon sebagai tanda sama bersolidariti dan ada juga yang pemandu yang mengeluarkan tangannya dan menunjukkan isyarat bagus kepada kami. Ini menambahkan lagi semangat kami.


Setibanya kami di bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, kami menyerahkan memorandom kebebasan akademik kepada pihak Suhakam dan pembangkang. Kemudian mengadakan speaker corner!  dimana ketua-ketua front memberikan ucapan mereka sementara menunggu kehadiran wakil pihak kerajaan tiba.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya ketua BEBAS mengajak kami untuk terus berarak terus ke bangunan UMNO di PWTC untuk memberikan memorandom kepada wakil kerajaan. Semua setuju dan memulakan perarakan semula.

Perjalanan agak jauh tetapi semangat anak muda tidak pernah luntur dari jiwa kami. Inilah pengalaman, inilah kenangan, inilah bahan cerita untuk generasi masa hadapan. Nanti kami sudah lanjut usia sudah pasti tidak mampu untuk melakukan perkara ini lagi.

Pendek cerita, kami sampai di bangunan UMNO dan menyerahkan memorandom kepada wakil kerajaan iaitu YB Saifudin Abdullah timbalan Menteri IPT dan pada waktu itu mempengerusikan Jawatankuasa Pindaan Auku. 

Demonstrasi tersebut berjalan dengan aman dan ada peristiwa menarik dan juga lucu iaitu bendera DS Najib Tun Razak diturunkan dan digantikan dengan bendera 'Acasemic Freedom' ketika YB Saifuddin sedang berucap. Menariknya, pengawal keselamatan tidak perasan akan perbuatan tersebut dan ini menjadi bahan gelak kami ketika pulang dari demosntrasi tersebut.


Menyentuh perasaan saya apabila YDP ISIUKM membacakan doa wehdah dan doa rabitah. Terpancar semangat jihad daripada setiap anak muda. Inilah yang kami mahukan, tujuan kita satu! Pengakhiran kita menuju yang SATU!

Pengalaman ini tidak akan saya lupakan~