Monday, December 19, 2011

Demonstrasi = Perhimpunan Aman! Why takut2?

Assalamualaikum wbt. . .
Hari ini saya ingin berkata-kata mengenai apa itu Demonstrasi aka Perhimpunan Aman.

Demonstrasi ialah "perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan" berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Demostrasi ini amat sinonim di dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkan politik yang bercorak demokrasi.



Why scare?! 

Inilah jalan yang terakhir untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak. Ini adalah hak kita untuk menyuarakan pendapat ataupun bantahan.  Selepas melakukan beberapa siri bantahan melalui penulisan, melalui rundingan dan jika tiada respons daripada pihak tersebut maka cara ini amat relevan bagi kita.

17 Disember 2011 merupakan tarikh keramat dalam sejarah gerakan mahasiswa. Mahasiswa yang datang dari pelbagai intitusi pengajian tinggi dari pelbagai pelusuk Malaysia turun ke jalanan untuk menyuarakan bantahan. Hasrat mereka adalah satu iaitu MANSUHKAN Auku.


Seawal jam 1 petang, kami berkumpul di Masjid Jamek dan melakukan solat Zohor secara berjemaah bersama-sama. Masa inilah  kami berkenal-kenalan antara satu sama lain. Pada awalnya rasa gundah itu ada kerana polis berpakaian seragam memenuhi ruang hadapan pagar masjid. Lebih kurang 3 pancuan roda polis diparkirkan dihadapan masjid tersebut.

Pada jam 2 petang, kami berkumpul dan membahagi-bahagikan head badge dan banner. Laungan keramat student Power! dilaungkan. Semua berpusu-pusu berkumpul untuk menyatakan solidariti masing-masing. Kami menjangkakan berlakunya tangkapan pada waktu itu. Rupa-rupanya pihak polis membenarkan kami melakukan demonstrasi pada hari tersebut. Terima kasih abang polis!



Hidup! Hidup! Mahasiswa!
Hancur! Hancur! Kezaliman!
Bangkit! Bangkit! Mahasiswa!
Mansuh! Mansuh! Mansuh AUKU!
Bebas! Bebas! Akademik!

Itulah antara slogan-slogan yang dilaungkan. Kami berjalan dari masjid Jamek menuju ke pusat membeli-belah SOGO. Di situ kami berhenti untuk mendengar kata-kata daripada ketua Gerakan Bebas Akademik (BEBAS) iaitu saudara Safwan bin Anang@Talib dan ucapa dari leader front-front yang lain. Kemudian kami meneruskan perarakan ke bangunan SUHAKAM. Ramai yang menyokong dan turut serta bersama kami dalam menyatakan hasrat mahasiswa.

Kereta yang melalui jalan tersebut membunyikan hon sebagai tanda sama bersolidariti dan ada juga yang pemandu yang mengeluarkan tangannya dan menunjukkan isyarat bagus kepada kami. Ini menambahkan lagi semangat kami.


Setibanya kami di bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, kami menyerahkan memorandom kebebasan akademik kepada pihak Suhakam dan pembangkang. Kemudian mengadakan speaker corner!  dimana ketua-ketua front memberikan ucapan mereka sementara menunggu kehadiran wakil pihak kerajaan tiba.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya ketua BEBAS mengajak kami untuk terus berarak terus ke bangunan UMNO di PWTC untuk memberikan memorandom kepada wakil kerajaan. Semua setuju dan memulakan perarakan semula.

Perjalanan agak jauh tetapi semangat anak muda tidak pernah luntur dari jiwa kami. Inilah pengalaman, inilah kenangan, inilah bahan cerita untuk generasi masa hadapan. Nanti kami sudah lanjut usia sudah pasti tidak mampu untuk melakukan perkara ini lagi.

Pendek cerita, kami sampai di bangunan UMNO dan menyerahkan memorandom kepada wakil kerajaan iaitu YB Saifudin Abdullah timbalan Menteri IPT dan pada waktu itu mempengerusikan Jawatankuasa Pindaan Auku. 

Demonstrasi tersebut berjalan dengan aman dan ada peristiwa menarik dan juga lucu iaitu bendera DS Najib Tun Razak diturunkan dan digantikan dengan bendera 'Acasemic Freedom' ketika YB Saifuddin sedang berucap. Menariknya, pengawal keselamatan tidak perasan akan perbuatan tersebut dan ini menjadi bahan gelak kami ketika pulang dari demosntrasi tersebut.


Menyentuh perasaan saya apabila YDP ISIUKM membacakan doa wehdah dan doa rabitah. Terpancar semangat jihad daripada setiap anak muda. Inilah yang kami mahukan, tujuan kita satu! Pengakhiran kita menuju yang SATU!

Pengalaman ini tidak akan saya lupakan~


No comments:

Post a Comment