Friday, December 23, 2011

Islam 24 hours

Assalamualaikum wbt.

Islam 1 hari, Islam 24 jam, Islam 1440 minit, Islam 86400 saat.

Itulah tajuk usrah kami bersama abang Naqiu di surau KK8. Sungguh menarik!

Sudah lama tidah berusrah. Pengisiannya yang mantop. Kita seharusnya sentiasa memperingati diri untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri(soleh).


Bermula pada jam 9 sehingga 11 malam. Dimulakan dengan sesi ta'aruf antara ahli. Lebih kurang 10 orang yang hadir semalam(23/12/11).

Inilah antara rukun usrah yang digariskan. Iaitu ta'aruf(saling mengenali), kemudiannya tafahum(saling memahami) dan akhirnya takaful(saling tolong-menolong). Sungguh indah usrah ini jika dilihat dari aspek ukhuwah sesama muslim.


Abg Naqiu: Tak kenal maka tak . . 
Saya menyambung, "maka tak cinta!".

Abg Naqiu: Maka tak tahu. . 
Arghh! Tekaan ku salah. . (Monolog dalamanku)

Kemudian usrah diteruskan dengan beberapa soalan yang menyegarkan ingatan.

Apakah itu IMAN?
Iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah, dan melaksanakannya dengan perbuatan.

Apa beza percaya dengan yakin??
"Percaya ni macam ada sorang tu dia tengok tv, ada berita mengenai buaya timbul semasa banjir di Kajang, jadi dia percaya kerana dia melihat gambar buaya tu dalam berita. Yakin ni pulak, orang tu pergi kat tempat banjir tu, pastu dia sendiri yang nampak dengan mata kepalanya sendiri.", Prof Zul.(Gelaran rakan kami. .)

Abg Naqiu pun memberikan jawapannya dengan analogi mudah.

"Ada dalam satu pertunjukan, orang ni memang penembak yang tepat, dia pun tunjuk kelebihannya dengan menembak buah ceri yang diletakkan di atas kayu, semua penonton yang melihat percaya dengan kelebihan penembak tersebut. Kemudian si penembak tepat tu pun memanggil seorang volunteer untuk membantu dia melakukan aksi yang hebat. Kemudian si penembak tepat itu pun meletakkMan ceri di atas kepala orang tersebut, agak-agak volunteer itu berani tak?? Semestinya dia tidak berani kerana dia tidak yakin dengan kelebihan si penembak itu walaupun dia percaya yang si penembak itu mampu menembak dengan tepat"

Cerita yang sungguh menarik dan mudah difahami. Jadi, dimana letaknya keimanan kita, adakah pada tahap percaya ataupun pada tahap yakin.

Kemudian Abg Naqiu memberikan sedikit rukun-rukun syahadah antaranya, melaksanakan perintah Allah, meninggalkan larangannya, dan melakukan sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Tamatlah intro usrah pada malam tersebut.
 Huh! Baru intro?? Hahaha. 

Apakah ciri-ciri Islam?
Abg Naqiu mengajukan soalan kepada kami.
Pelbagai jawapan didengari, dan ada yang menepati skemanya.

Antara ciri-ciri Islam ialah:

1. Rabbaniyah
Bermaksud agama yang bersifat ketuhanan, agama yang berasal daripada Allah, bukan agama rekaan manusia.
"Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu." (Al Maidah : 3)

2. Syumuliah
Bermaksud agama yang menyeluruh. Menyentuh segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, munakahad, jinayat dan sebagainya. Islam adalah panduan bagi manusia.

3. Alamiyah
Bermaksud agama yang universal. Tidak mengira bangsa apa, keturunan apa, negara mana, kita adalah sama. Iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

4. Waqi'iah
Bermaksud sesuai di sepanjang zaman. Islam agama yang lengkap dan menjadi panduan sepanjang zaman. Islam tidak perlu dicorakkan berdasarkan sesuatu zaman tetapi zaman itulah yang perlu dicorakkan berdasarkan Islam.

5. Inkilabiah.
Bermaksud meninggikan sesuatu dan pada waktu yang sama merendahkan sesuatu. Sebagai contoh apabila Islam dijulang di Mekah maka pada waktu itu semua berhala dihancurkan.


6. Tsabat wal murunah.

Bermaksud tetap dan fleksibel. Hukum Allah adalah tetap cuma dari segi pelaksannaanya amat fleksibal. Sebagai contoh, hukum menutup aurat adalah tetap. Cuma bagaimana kita menutup aurat adalah fleksibel seperti memakai kotak, memakai selimut.

"Tak wajib pakai tudung, tapi kita wajib tutup aurat", kata Prof Zul.


Itulah antara pengisian usrah pada malam itu.
Kaitannya dengan Islam 24 hours ialah Islam itu syumul, bermula dari celiknya mata kita dari tidur sehingga pejamnya mata kita untuk tidur ada panduan yang diajarkan di dalam agama Islam.

Masuk tandas, keluar tandas, keluar rumah, naik kenderaan, nak makan, lepas makan, nak belajar, nak ziarah rakan, nak berjalan, malah cara tidur pun ada panduannya. Thats why the topic of this usrah is 'Islam 24 hours'.
 
I'm proud to be Muslim,
"Lets be a muslim by choice not by chance", Shah Kirit.

Credit to Abg Naqiu, Hanis, Prof Zul, Kucai, Hassan Basri, Rozlin, Rahman, Syed Soufi n other one(im forgot) yang datang usrah bersama-sama.

"Kita bersahabat di dunia, moga-moga kita bersahabat di dalam syurga", Ust Azlan Zainal.

No comments:

Post a Comment