Sunday, April 27, 2014

Aksi Terlampau

Selesai seksaan lock down di UM gara-gara Pak Obama datang ke DTC. Rata-rata student UM kehilangan sekilo atau dua kilogram berat badan kerana terpaksa berlapar di kolej masing-masing. Mana tidaknya, banyak kafe di kolej-kolej UM ditutup kerana semua pintu pagar UM dikunci kecuali pintu Damansara yang jelas berada di punggung Universiti Malaya.

Aku seperti yang lain menghabiskan banyak masa di dalam bilik, berhibernasi dan bertafakur dengan keindahan ciptaan Tuhan. Dari pagi hingga ke petang menahan nafas, mengurangkan metabolisma, meminimumkann penggunaan tenaga untuk melanjutkan survival aku hingga ke malam.

Bukan aku sahaja yang mengurangkan aktiviti, rupa-rupanya capaian internet juga dicatu untuk tujuan apa pun aku tak tahu. Internet yang perlahan akhirnya menyebabkan aku kembali bertafakur di atas katil.

Petang itu aku tak dapat bertahan lagi, aku melanggan capaian internet plan data UMI28 untuk mendapatkan berita terkini Obama di UM. Sekali aku ternampak satu gambar geng-geng PMUM sedang mengangkat kad manila tertulis R4BIA dan NO TPPA.

"Tak sangka mereka sanggup melakukan sedemikian. Sungguh memalukan! ! Mereka harus dibuang universiti, mereka harus keluar dari Malaysia"
— Chaimak Charlow

Kahkah..

Lantaklah dorang. Lantaklah korang.
Malas aku nak layan. Aku dah lapar kaw-kaw kerana kebodohan-kebodohan yang berlaku pada hari ini. Aku beristighfar dan kembali bertafakur..

Selepas aku melantak dekat warung ibu tadi, aku lepak di bilik (bilikku syurgaku) dan kembali online. Macam biasa aku check berita terkini. Ada video aksi terlampau geng-geng Fahmi. Video pendek memaparkan geng-geng tersebut mengangkat kad manila dalam beberapa saat, tak sampai seminit atau dua minit pun kerana dihalang security guard Obama.

Oh, itu je yang dorang mampu buat?
Aku pernah melihat satu video protes yang suasananya hampir sama seperti di dalam video Fahmi. Cuma yang berbeza hanyalah aksi terlampau yang dipaparkan. Aksi seorang wanita yang bangun dan lantas bertanyakan soalan-soalan kritis yang mempersoalkan tindakan Obama yang meletakkan tenteranya di Iraq. Wanita itu kemudiannya ditarik security kemudian dibawa keluar.

Mungkin aksi itu biasa bagi pihak diluar sana, tetapi di Malaysia ia amat melanggar adat.

"Ehh, merosakkan majlis!!"

Biarlah mereka dengan mesejnya. Kau duduklah dibilik kau dan bertafakur seperti aku.

Ps: Aku harap kekenyangan aku menjamah nasi goreng di warung ibu berkekalan sehingga ke iftar esok. Doakan aku.

No comments:

Post a Comment