Wednesday, April 30, 2014

Bantah GST

Aku cuma ingin menaip yang hari ini adalah hari pekerja, so adalah sedikit kerajinan aku untuk menaip pada pagi ini. Hari ini juga akan diadakan satu himpunan aman membantah GST. Seperti yang kita sedia maklum, GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Maka hanya tinggal 11 bulan lagi untuk fasa implementasi.

Aku cuma ingin menaip yang aku ingin mengucapkan selamat turun ke jalan. Kita meraikan demokrasi yang matang. Semoga himpunan tersebut jauh dari provokasi dan genggaman golongan opportunis.

Aku cuma ingin menaip pesanan aku kepada para demonstran, sekiranya mahu turun, turunlah dengan kefahaman, faham apa yang diperjuangkan. Sama juga seperti aku yang pernah turun suatu masa dahulu dalam solidariti membantah ketidak telusan pilihan raya. Aku mesti turun membawa agenda perjuangan dan faham apa yang dijuangkan. Kau juga mesti begitu.

Aku cuma ingin menaip sekiranya kau turun ke jalanan tanpa kefahaman yang jitu, maka samalah seperti boneka atau wayang kulit yang dimainkan tok dalang. Kau hanya buang masa. Sama juga seperti aku, membuang masa menaip perkataan ini. Hanya berbeza suasana sahaja.

Aku cuma ingin menaip yang aku mengharap himpunan hari ini dapat memberi kesan kepada kerajaan yang membuta tuli pandangan rakyat. Tidak mengambil pandangan rakyat dengan adil dan saksama. Kerajaan seperti ini wajar digulingkan di medan demokrasi.

Ps: Doakan kesihatan aku, itu sahaja. Demonstrasi petang ini, aku masih berkira-kira untuk turun ataupun tidak. Doakan aku.

No comments:

Post a Comment