Saturday, April 26, 2014

Obama dan Aku

Aku dan Obama tiada pertalian darah, Obama dan Kamarul mungkin ada.
Mungkin..

Hari ini Obama datang ke Malaysia. Dia juga akan singgah sebentar ke Universiti Malaya. Maka gegak gempitalah seluruh tanah melayu menyambut kedatangannya. TV3 membuat liputan lansung kedatangan beliau. Tetamu kehormat la nak dikatakan. Sampai terlupa untuk siarkan azan Asar. Obama didahulukan, penghormatan diutamakan.

Maka hari ini juga aku terperangkap di dalam UM. Dia punya paranoid sampai semua pintu pagar UM ditutup. Hanya tinggal satu pagar sahaja yang dibuka, pintu Damansara yang berada di buntut Universiti Malaya.

Kegilaan apa ini? Yang datang ini Obama ke Osama? Setahu aku Osama dah lama tak ada. Kecoh satu UM, rasa seperti dipenjara. Tetapi masih ramai yang menyambut mesra kedatangan beliau.

Ada yang berbangga sehingga menangis terharu, setelah sekian lama sejak 1966 inilah kali pertama Presiden Amerika datang ke Malaysia. (Kau takde benda lain ke nak dibanggakan?) Tak kurang juga yang tidak senang dengan kehadiran beliau.

Ada yang mengambil peluang untuk membantah perjanjian TPPA, ada juga yang ingin membawa isu Mesir. Mana tidaknya, nak jumpa Presiden Amerika bukan senang. Next time, 2066 pula dia nak datang.

Esok depan pagar UM akan ada orang yang menyambut kedatangan Obama. Menyambut dengan kad manila dengan tertulis 'Welcome Obama', 'Welcome to Malaysia', 'Welcome to UM', atau mungkin 'NO TPPA', 'No Israel'. Mana kita tahu, segala kemungkinan boleh berlaku. Tapi aku lebih suka paluan kompang dan gurindam. Baru rare!

Sekarang ini aku tengah pening nak menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Kau tahu, fyp aku tidak sampai separuh persen progres pun. Berbaki tiga minggu lagi untuk melakukan viva. Cuak you know!

Ps: Doakan aku beb!
To Obama, welcome to Malaysia. Nasib baik kau datang masa ada air.

No comments:

Post a Comment