Wednesday, July 2, 2014

Tangisan Syria

Semalam aku diberi kesempatan oleh Allah untuk solat terawih berjemaah di masjid. Solat terawih semalam sungguh asyik kerana ianya telah diimamkan oleh qari khas yang dibawa daripada Syria. Alunan al-Quran yang dibacakan sungguh merdu, menambah lagi kekhusyukan.

Beliau merupakan antara 9 qari khas yang dibawa ke Malaysia oleh MAPIM untuk menerangkan isu pergolakan yang berlaku di Syria.

Isu di Syria ini bermula sejak 1960-an lagi. Pada waktu itu kegiatan agama dikawal ketat oleh pihak pemerintah. Kepimpinan zalim di Syria sangat sinonim bermula sejak pemerintahan Hafiz al-Assad lagi, iaitu bapa kepada Basyar al-Assad (pemerintah Syria sekarang).

Keadaan bertambah teruk apabila tahun 1980-an. Pada waktu itu kesedaran Islam mula berkembang di bumi Syria. Rakyat mula bangkit daripada penindasan/sekatan yang dilakukan oleh pemerintah.

Kerajaan Syria pada waktu itu berlaku zalim kepada rakyat Syria dengan membunuh ramai orang terutamanya ahlus sunnah wal jamaah. Wanita-wanita mereka dirogol oleh tentera dihadapan suami mereka dan digantung di kereta kebal lalu ditayang di seluruh bandar tanpa seurat benang pun di badan. Tujuannya untuk menakutkan rakyat.

Kanak-kanak dibunuh di hadapan ibubapa mereka tanpa belas kasihan. Tujuannya untuk menyekat kebangkitan rakyat. Lebih kurang 100,000 terbunuh dalam hanya jangka masa sebulan. Bukan itu sahaja malah mereka juga turut membuat iklan terlaknat 'lailaha illa basyar' yang bermaksud 'tiada tuhan selain basyar' di seluruh negara Syria.

Pada tahun 2011, dunia Arab mengalami zaman kebangkitan rakyat seperti di Mesir dan kawasan sekitarnya. Kebangkitan di Syria bermula apabila berlakunya satu tragedi di mana seorang kanak-kanak menconteng dinding sekolahnya menyatakan tidak puas hati terhadap sistem pentadbiran Syria.

Kanak-kanak tersebut dicabut semua kukunya sebagai hukuman. Rakyat marah dengan tindakan tersebut kerana tindakan hukuman tersebut sangat zalim dan tidak demokratik.

Rakyat mula mengadakan demonstrasi aman untuk membantah tindakan tersebut. Mereka tidak membawa apa-apa senjata. Namun pihak tentera diberi arahan untuk membunuh para demonstran. Mereka yang menentang kerajaan dianggap pengganas.

Perkara yang sama dilakukan seperti apa yang berlaku pada tahun 1980-an. Malah ada dikalangan mereka dibakar hidup-hidup.

Ada pihak tentera yang berpangkat tinggi tidak setuju dengan tindakan tersebut dan meninggalkan pangkatnya bersama-sama rakyat marhean menentang kezaliman Basyar al-assad.

Pihak tentera Basyar bertindak mengepung lalu meranapkan masjid Khalid al-Walid di Homs. Bukan itu sahaja malah makam sahabat nabi, Khalid al-Walid juga dirobohkan. Ada juga golongan syiah yang melampau dengan bertindak kencing di atas makam tersebut.

Kawasan yang menentang kezaliman Basyar akan dipotong bekalan air dan elektrik. Mereka ingin melemahkan rakyat yang bangkit menentang kezaliman mereka. Kadangkala bekalan makanan yang disumbangkan oleh orang ramai diseluruh dunia juga mengalami kesukaran untuk sampai ke kawasan-kawasan tersebut.

Syria yang dahulunya terkenal sebagai tempat pendidikan Islam kini disekat kerana kezaliman Basyar al-Assad. Imam Syria tersebut juga ada menyatakan Syria merupakan jalan untuk mendapatkan Masjidil Aqsa semula. Imam Syria tersebut mengajak semua untuk membantu Syria, terutamanya doa-doa saudara Islam seluruh dunia.

Mereka di Syria amat mengharapkan doa-doa daripada kita. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud umat Islam ini ibarat satu jasad. Sekiranya satu bahagian merasa sakit, seluruh jasad akan turut merasa kesakitannya.

'Allah hummansuril Islama wal muslimin khususan fissuriyya'

Untuk memberi sumbangan kepada rakyat Syria, boleh terus ke laman sesawang berikut.

www.tabungsyria.com

No comments:

Post a Comment